Loading...

76 Kematian : Trend kematian pesakit COVID-19 menunjukkan penurunan ketara.

Loading...
Loading...

 



COVID-19: 76 lagi kematian, dua kematian harian sebenar

Astro Awani

Oktober 5, 2021 07:05 MYT

COVID-19: 76 lagi kematian, dua kematian harian sebenar

Berdasarkan purata jumlah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari, trend kematian pesakit COVID-19 menunjukkan penurunan ketara. - Foto fail/Astro AWANI/Shahir Omar

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 76 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 26,759 kes.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sejumlah 15 daripada 76 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Loading...