Loading...

Kenyataan Penuh DG Kesihatan - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia | 3 Oktober

Loading...
Loading...

 

Kenyataan Akhbar KPK 4 Oktober 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

4 OKTOBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 4 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 15,456 kes (2,116,021 kes kumulatif, 92.6%);
  • Kes baharu : 8,075 kes (2,285,640 kes kumulatif);
  • Kes import : 6 kes (4 warganegara; 2 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 8,069 kes [7,248 warganegara (89.8%);  821 bukan warganegara (10.2%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 867 kes (807 kes COVID-19; 60 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 461 kes (342 kes COVID-19; 119 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,522 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 15 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 4,533 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 989 kluster.

Daripada 8,075 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 160 kes (2.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 7,915 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

PERKEMBANGAN SEMASA PROJEK RINTIS GELEMBUNG PELANCONGAN DOMESTIK LANGKAWI

Seperti sedia maklum, Kerajaan telah memulakan Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik Langkawi bermula pada 16 September 2021. Seiring dengan itu, KKM telah melaksanakan semakan ujian saringan COVID-19 dan juga ujian saringan COVID-19 (bagi pelancong yang belum menjalani ujian) sebelum mereka berlepas ke Pulau Langkawi di pintu masuk udara dan laut.

Secara kumulatif dari 16 September 2021 sehingga 4 Oktober 2021 (sehingga jam 12 tengah hari), iaitu kira-kira dua (2) minggu setelah pelaksanaan projek rintis ini, seramai 40,458 orang telah disaring di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi. Ini melibatkan sejumlah 34,038 orang yang telah disaring di tujuh (7) pintu masuk lapangan terbang dan 6,420 orang melalui feri di Kuala Perlis dan Kuala Kedah. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • telah menjalani ujian RTK-Ag, dan daripada jumlah ini, sebanyak 149 kes positif COVID-19 telah dikesan dan 186 individu lagi merupakan kontak rapat kepada 149 kes tersebut. Mereka telah diasingkan dan diberi Perintah  Pemerhatian dan Pengawasan (HSO);
  • telah menjalani ujian RT-PCR sendiri sebelum bertolak ke Pulau Langkawi, dan kesemua keputusan adalah negatif; dan
Jadual 1 : Data Kumulatif Saringan COVID-19 Pengembara di Pintu Masuk bagi Gelembung Pelancongan Domestik Projek Rintis Langkawi sehingga 4 Oktober 2021 (sehingga jam 12 tengah hari)

JANGKITAN COVID-19 MELIBATKAN KLUSTER DI LANGKAWI

Pada 26 September 2021 yang lalu, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah telah mengesan satu (1) kes positif COVID-19 dalam kalangan pelancong ke Langkawi, iaitu seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dari Nilai, Negeri Sembilan. Kes bersama ibu dan ayahnya telah tiba di Langkawi melalui penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2). Ibu dan ayah kanak-kanak berkenaan sudah menerima vaksinasi lengkap dan saringan RTK-Ag sebelum berlepas ke Langkawi juga disahkan negatif. Mereka juga bukan kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19. Kes adalah tidak bergejala dan kesemua kontak rapat telah diberi Perintah  Pemerhatian dan Pengawasan (HSO).

Pada 1 Oktober 2021 yang lalu pula, JKN Kedah telah melaporkan Kluster Dah Teluk Nibung di daerah Langkawi. Kluster ini dikategori sebagai kluster tempat kerja yang melibatkan penduduk tempatan Langkawi iaitu pekerja dan juga kontak rapat ahli keluarga. Kluster ini tidak berkaitan dengan kes pelancong kanak-kanak yang didapati positif pada 26 September 2021.

Sehingga hari ini, seramai 254 orang telah disaring dengan 59 kes adalah positif COVID-19, 187 individu negatif, dan tiga (3) individu lagi masih menunggu keputusan.

Siasatan awal mendapati penularan jangkitan disyaki dari komuniti dan seterusnya merebak di tempat kerja akibat ketidakpatuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di tempat kerja dan asrama penginapan. Semua kontak rapat telah dikenalpasti dan dilakukan swab serta diberi arahan HSO selama 10 hari. Sehingga kini, penularan jangkitan adalah terkawal.

Untuk makluman, kesemua kes jangkitan COVID-19 Kluster Dah Teluk Nibung sehingga ini adalah kategori 1 dan 2 sahaja dan semua pekerja telah menerima suntikan dos lengkap vaksin COVID-19.

PEMANTAUAN DAN LANGKAH KAWALAN BERTERUSAN

KKM bersama-sama dengan JKN Kedah dan PKD Langkawi akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan dan akan memastikan langkah pencegahan serta kawalan sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy, lebih banyak kawasan gelembung pelancongan dijangka akan dibuka bermula bulan Oktober 2021. KKM akan terus menjalankan kerjasama dengan MOTAC dalam menjalankan penilaian risiko bagi membolehkan lebih banyak lagi tempat pelancongan dibuka dari semasa ke semasa.

KKM ingin menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama memainkan peranan dalam usaha membawa negara keluar dari pandemik tersebut. Untuk itu, rakyat diingatkan supaya mengamalkan perkara berikut;

  • Kepatuhan yang tinggi terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan;
  • Memperkukuhkan tindakan kesihatan awam kendiri dalam semua keadaan. Sekiranya bergejala sama ada semasa tempoh melancong atau setelah pulang dari kawasan pelancongan, segeralah dapatkan rawatan awal atau lakukan ujian kendiri bagi membendung penularan COVID-19. Sekiranya disahkan positif, lakukan tindakan yang bertanggungjawab dengan mengasingkan diri;

Kita adalah barisan hadapan untuk melindungi keluarga dan komuniti daripada jangkitan virus COVID-19. Seperti yang disebut YB Menteri Kesihatan, kita tidak selamat sehingga semua selamat.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

4 Oktober 2021 @ 7:00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 4 OKTOBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI PURATA KES 7 HARI* KADAR INSIDEN ** BILANGAN KES BAHARU (    ) *** BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK 2,118 71.89 1,189 (1) 216,765
SELANGOR 1,297 19.02 686 (1) 682,302
JOHOR 1,120 28.15 781 199,948
KELANTAN 1,052 52.65 1,020 119,270
SABAH 853 20.74 677 201,073
PERAK 796 44.90 548 105,267
PULAU PINANG 789 43.21 853 133,229
KEDAH 721 31.37 628 (1) 137,417
TERENGGANU 688 52.20 636 (1) 58,625
PAHANG 646 24.52 522 67,204
MELAKA 267 27.48 219 59,364
WP KUALA LUMPUR 225 11.69 151 (2) 186,872
NEGERI SEMBILAN 155 13.19 108 97,951
PERLIS 62 23.29 36 4,133
WP PUTRAJAYA 24 25.32 19 6,249
WP LABUAN 2 2.33 2 9,971
MALAYSIA 10,816 31.59 8,075 (6) 2,285,640

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 8,075 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 4 Oktober 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SARAWAK 1,189 9 376 1 803
KELANTAN 1,020 41 666 –  313
PULAU PINANG 853 156 267  – 430
JOHOR 781 118 341  – 322
SELANGOR 686 18 401 1 266
SABAH 677 93 363  – 221
TERENGGANU 636 1 512 1 122
KEDAH 628 6 394 1 227
PERAK 548 111 208  – 229
PAHANG 522 162 270  – 90
MELAKA 219 5 118  – 96
WP KUALA LUMPUR 151 4 67 2 78
NEGERI SEMBILAN 108 5 56  – 47
 PERLIS 36 6  – 30
WP PUTRAJAYA 19 12  – 7
WP LABUAN 2 2  –
JUMLAH KESELURUHAN 8,075 731 4,057 6 3,281

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 4 OKTOBER 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Jalan Kemakmuran Tempat Kerja Johor Kota Tinggi 15 39
2 Jalan Tengku Petra Semerak Tempat Kerja Kelantan Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, dan Bachok 19 33
3 Taman Perindustrian Tungzen Tempat Kerja Perak Kinta 67 176
4 Jalan Laksamana Lumut Tempat Kerja Perak Manjung 25 60
5 Industri Jalan Mak Mandin Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Utara 124 265
6 Sungai Tabulion Tempat Kerja Sabah Kinabatangan 63 63
7 Sandau Sawit Tempat Kerja Sabah Kinabatangan 28 87
8 Jalan Gong Batu Komuniti Kelantan Bachok dan Pasir Puteh 17 28
9 Kampung Chica Komuniti Kelantan Kota Bharu 12 17
10 Kampung Dalam Rhu Komuniti Kelantan Tumpat 10 46
11 Kampung Endong Komuniti Kelantan Pasir Mas 6 6
12 Kampung Lubok  Stol Hilir Komuniti Kelantan Pasir Mas 5 12
13 Kampung Baru Kluang Komuniti Johor Kluang 13 13
14 Jalan Lembah Permai Satu Kumpulan Berisiko Tinggi Pulau Pinang Seberang Perai Tengah 19 71
15 Jalan KK 8/1 Kubang Kerian Institusi Pendidikan Swasta Yang Berdaftar di Bawah KPM Kelantan Kota Bharu 9 12


LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 3 OKTOBER 2021 

NEGERI NILAI RT
 PERLIS 1.02
WP PUTRAJAYA 1.02
TERENGGANU 1.00
MELAKA 0.99
NEGERI SEMBILAN 0.99
PAHANG 0.98
KELANTAN 0.95
SARAWAK 0.91
PERAK 0.91
JOHOR 0.87
KEDAH 0.87
SELANGOR 0.86
SABAH 0.84
PULAU PINANG 0.84
WP KUALA LUMPUR 0.84
WP LABUAN 0
MALAYSIA 0.87
Loading...