COVID-19: Kes baharu turun kepada 4,854 kes
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
21/11/2021 07:19 PM
KUALA LUMPUR, 21 Nov -- Jumlah kes harian COVID-19 hari ini terus menurun kepada 4,854 kes berbanding 5,859 kes semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Katanya jumlah kumulatifnya di negara ini sudah mencecah 2,586,601 kes.
Beliau berkata daripada jumlah kes harian itu sebanyak 98.2 peratus atau 4,768 kes adalah daripada kategori satu dan dua, manakala 86 kes atau 1.8 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima.
Kes sembuh pula mencatatkan 5,525 kes, menjadikan kumulatif kes yang pulih daripada jangkitan kini berjumlah 2,487,809, manakala tiga kluster baharu dikenal pasti dengan menjadikan kluster aktif kini 235.
“Sebanyak 541 kes sedang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 267 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan harian COVID-19.
Beliau turut memaklumkan nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara kini adalah 1.01, dengan Putrajaya mencapai Rt tertinggi iaitu 1.17 diikuti Labuan (1.16) dan Kuala Lumpur, Kelantan serta Selangor masing-masing 1.08.
Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 dimuat naik ke laman sesawang COVIDNOW di https://ift.tt/2Vt1k5n dan data dikemas kini selepas tengah malam setiap hari.
-- BERNAMA
Kenyataan Akhbar KPK 21 November 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
21 NOVEMBER 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 21 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 5,525 kes (2,487,809 kes kumulatif, 96.2%);
- Kes baharu : 4,854 kes (2,586,601 kes kumulatif);
- Kes import : 12 kes (8 warganegara; 4 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 4,842 kes [4,643 warganegara (95.9%); 199 bukan warganegara (4.1%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 541 kes (420 kes disahkan COVID-19 ; 121 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 267 kes (175 kes disahkan COVID-19 ; 92 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
- Jumlah kluster : 5,881 kluster;
- Jumlah kluster baharu :3 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,646 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 235 kluster.
Daripada 4,854 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 86 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 4,768 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM juga ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
- Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada Prosedur Operasi standard (SOP) sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
21 November 2021 @ 5:45 petang.
LAMPIRAN 1
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN
PADA 20 NOVEMBER 2021
| NEGERI | NILAI RT |
| WP PUTRAJAYA | 1.17 |
| WP LABUAN | 1.16 |
| WP KUALA LUMPUR | 1.08 |
| KELANTAN | 1.08 |
| SELANGOR | 1.08 |
| PAHANG | 1.06 |
| NEGERI SEMBILAN | 1.06 |
| KEDAH | 1.05 |
| JOHOR | 1.03 |
| PULAU PINANG | 1.03 |
| PERAK | 1.02 |
| TERENGGANU | 1.01 |
| MELAKA | 1.00 |
| SABAH | 0.98 |
| PERLIS | 0.90 |
| SARAWAK | 0.84 |
| MALAYSIA | 1.01 |