Loading...

Berita Palsu- Rakaman nota suara dakwa katil hospital penuh, kematian BID meningkat ditular semula

Loading...
Loading...


Rakaman nota suara dakwa katil hospital penuh, kematian BID meningkat ditular semula

Bernama

Disember 4, 2023
Kenyataan KKM di laman Facebook hari ini memaklumkan rakaman itu disebarkan secara berleluasa menerusi aplikasi WhatsApp untuk menimbulkan keresahan awam. - Facebook KKM

Rakaman nota suara dakwa katil hospital penuh, kematian BID meningkat ditular semula

Kenyataan KKM di laman Facebook hari ini memaklumkan rakaman itu disebarkan secara berleluasa menerusi aplikasi WhatsApp untuk menimbulkan keresahan awam. - Facebook KKM

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan satu nota suara yang mendakwa katil wad hospital penuh manakala kes kematian di luar hospital atau 'brought in dead' (BID) meningkat adalah rakaman lama yang pernah ditularkan pada 2021.

Kenyataan KKM di laman Facebook hari ini memaklumkan rakaman itu disebarkan secara berleluasa menerusi aplikasi WhatsApp untuk menimbulkan keresahan awam.

"Sehubungan itu, orang ramai dimohon untuk tidak menyebarkan berita palsu ini yang boleh menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat serta sentiasa berwaspada terhadap penularan wabak COVID-19 yang masih kekal di sekeliling kita.



"Pastikan anda mengambil langkah pencegahan kesihatan awam dengan sentiasa mengamalkan 3W, Elak 3S, lakukan ujian COVID-19 sekiranya bergejala, dapatkan vaksin COVID-19 termasuk dos penggalak serta dapatkan rawatan awal dan antiviral Paxlovid sekiranya positif COVID-19," menurut kenyataan itu.

Pendekatan 3W adalah amalan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, memakai pelitup muka di tempat awam atau jika bergejala dan amaran KKM yang lebih berkonsep peringatan manakala Elak 3S ialah elak kawasan sesak, sempit serta berbual pada jarak dekat.

Rakaman itu turut mendakwa penularan wabak baharu dari Afrika telah menyebabkan kematian mendadak dalam satu masa.

-- BERNAMA

Loading...