Loading...
Loading...
Beku kuota pekerja asing masih kekal - Sivakumar
Bernama
Disember 7, 2023
Keputusan untuk membekukan kuota pengambilan pekerja asing termasuk bagi tahun hadapan masih kekal dan Kabinet belum membuat sebarang ketetapan baharu berhubung perkara itu, kata Menteri Sumber Manusia V Sivakumar. - Gambar fail/BERNAMA
Beku kuota pekerja asing masih kekal - Sivakumar
Keputusan untuk membekukan kuota pengambilan pekerja asing termasuk bagi tahun hadapan masih kekal dan Kabinet belum membuat sebarang ketetapan baharu berhubung perkara itu, kata Menteri Sumber Manusia V Sivakumar. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Keputusan untuk membekukan kuota pengambilan pekerja asing termasuk bagi tahun hadapan masih kekal dan Kabinet belum membuat sebarang ketetapan baharu berhubung perkara itu, kata Menteri Sumber Manusia V Sivakumar.
Katanya berdasarkan Rancangan Malaysia ke-12, jumlah pekerja asing sepatutnya tidak boleh melebihi unjuran 2.4 juta individu sehingga tempoh 2025, namun jumlah terkini sudah menjangkau unjuran itu.
Beliau berkata lambakan pekerja asing itu meliputi jumlah golongan yang sedia ada, pertambahan daripada program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) serta Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing.
"Sehingga mesyuarat Kabinet yang lepas, memang kita tidak akan buka pemberian kuota baharu untuk sementara waktu...namun bergantung kepada keputusan terbaharu, kita akan maklumkan," katanya pada sidang media selepas menghadiri program HR Leaders Networking Luncheon di sini hari ini.
"Bagi tahun hadapan kita tidak tahu lagi (kuota pengambilan pekerja asing) kita kena lihat dalam pelbagai konteks...kita hentikan pengambilan (pekerja asing) dan kita akan lihat balik keperluan ambil warga asing pada masa hadapan," tambahnya.
Sebelum ini, media melaporkan jumlah pekerja asing di negara ini seramai 2.7 juta sudah melebihi penduduk Malaysia berketurunan India yang berjumlah dua juta orang.
-- BERNAMA
Loading...