Loading...

Agong salur nilai bidaan plat FFF 1 kepada kerajaan Persekutuan

Loading...
Loading...


Agong salur nilai bidaan plat FFF 1 kepada kerajaan Persekutuan

Bernama

20/06/2024
Nombor plat kenderaan keluaran khas FFF 1 menjadi milik Sultan Ibrahim selepas membida nilai tertinggi sebanyak RM1.75 juta. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Agong salur nilai bidaan plat FFF 1 kepada kerajaan Persekutuan

Nombor plat kenderaan keluaran khas FFF 1 menjadi milik Sultan Ibrahim selepas membida nilai tertinggi sebanyak RM1.75 juta. - Facebook Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyalurkan nilai bidaan nombor pendaftaran kenderaan khas sebanyak RM1.75 juta kepada kerajaan Persekutuan.

Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar nilai bidaan yang disalurkan kepada kerajaan Persekutuan itu dapat digunakan untuk membantu rakyat.

"Nombor plat kenderaan keluaran khas FFF 1 menjadi milik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selepas membida nilai tertinggi sebanyak RM1.75 juta," menurut catatan berkenaan.







-- BERNAMA
Loading...