Loading...

10 Website Untuk Menjual T'Shirt Dan Menjana Pendapatan USD tanpa modal

Loading...
Loading...

Adakah anda seorang yang kreatif dan pandai  merekacipta design-design t'shirt yang menarik dan unik? Tahukah anda bahawa bakat anda boleh bertukar menjadi pendapatan yang sangat lumayan jika dilakukan dengan teknik yang betul dan jika anda bertemu dengan website yang terbaik.

Dengan adanya website-website seperti ini anda tidak lagi perlu membuat laman web atau blog anda sendiri untuk berniaga. Anda hanya perlu buat design yang terbaik dan promosikan ciptaan anda ke sosial-sosial media. Dan yang lebih bestnya lagi anda tak perlu keluar apa-apa modalpun. Cuma perlu ada internet dan app untuk merekacipta rekaan anda, photoshop misalnya. Tapi usah bimbang tentang photoshop sangat kerana laman-laman web ini telah menyediakan design tool  mereka sendiri untuk kesenangan anda. Mereka yang akan mencetak, menjual dan menghantar t'shirt jualan anda kepada pelanggan. Anda cuma goyang kaki dan ambil uwangnya sahaja. Best kan? Bestlah sebab anda tidak perlu pening-pening lagi tentang kos penghantaran, kos pembungkusan dan melayan kerenah pelanggan misalnya. Semuanya diurus oleh pihak syarikat.

Sekiranya anda tidak begitu kreatifpun tidak mengapa, saya akan perkenalkan tempat di mana anda boleh membeli design t'shirt dengan murah. Untuk menjana pendapatan Usd anda mungkin perlu berdaftar dan mempunyai akaun paypal. Namun ada sesetengah syarikat menawarkan penghantaran cek untuk membayar wang komisen dari hasil penjualan t'shirt tersebut. 

Di sini saya senaraikan 10 website terbaik untuk menjual T'shirt rekaan anda sendiri secara online dan seterusnya menjana pendapatan berbentuk usd. Anda tahukan duit usd begitu berharga di Malaysia sekarang ini? 

Teespring adalah web yang paling terkenal dan ada yang telah mendapat pendapatan sehingga lebih dari 100k usd dengan hanya menjual t'shirt di sini.

Cafepress bukan saja terhad kepada Tshirt. Ia mempunyai lebih dari 250 produk yang boleh dicipta dan dipromosikan. Anda boleh buka kedai anda sendiri menggunakan tool percuma dari cafepress dan menjual produk-produk dari designer lain

Di zazzle anda bukan saja boleh mereka design anda sendiri, anda juga boleh menjual dan mempromosi design para designer yang lain. Mudahnya di zazzle, saya hanya mencipta dan biarkan design saya di sana tanpa sebarang promosi. Saya hanya design untuk suka-suka saja tetapi ada juga sedikit pendapatan di situ.

Di sini anda boleh menjana duit melalui 2 cara. Satunya dari jualan t'shirt rekaan anda dengan harga yang anda letakkan sendiri. Cara kedua melalui design anda. Sekiranya ada pelanggan atau pelawat website itu menggunakan design anda, anda boleh peroleh komisen sebanyak sehingga $15 untuk 1 design. 

Di sunfrog anda tidak perlu design sebarang produk, seperti zazzle, anda hanya perlu mendaftar sebagai affiliate dan promosikan url yang mempunyai aff id anda dan makan komisen di situ.

Di gear bubble, anda perlu menjual reka bentuk anda sendiri - bermakna anda perlu mempunyai kemahiran reka bentuk atau anda perlu mengupah seseorang untuk mencipta karya seni untuk anda.Laman ini tidak mengambil sebarang yuran atau peratusan margin keuntungan anda tetapi anda perlu membayar sedikit yuran untuk kos penghantaran dan sebagainya jikalau ada sesiapa yang membeli barangan yang anda jual.

Instaprints adalah applikasi di Instagram. Anda perlukan akaun instagram untuk berurusan di sini. Mudahnya di sini ialah anda hanya memuat turun rekaan anda di akaun instagram anda kemudian kongsikan di aplikasi Instaprints. Sekiranya ada yang ingin membeli design anda, anda bolehlah menetapkan harga dan pihak instaprints akan menguruskan perkara yang lain. 

Di sini anda boleh membuat kedai online anda sendiri dengan mudahnya. Keuntungan margin semuanya terletak pada tangan anda. Pihak threadless hanya membuat urusan penghantaran dan sebagainya. 

9-Amazon. com
Semua orang tahu bahawa amazon adalah laman e-commerce yang terbesar di Us. Makanya mencari customer bukan sesuatu yang sukar di sana anda hanya perlu design dan setkan harga. Malangnya, untuk menjadi pereka untuk amazon bukanlah mudah. Anda perlu meminta pihak amazon untuk menjemput anda sebagai designer. Anda perlu memberi tahu mereka tentang pengalaman dan latar belakang anda sebelum amazon menjemput ada sebagai sebahagian dari pereka t'shirt mereka. Klik di sini untuk keterangan lanjut.

Laman ini berpusat di Uk dan mempunyai lebih dari 2 juta visitor sehari. Anda hanya perlu design dan promosikan rekaan anda. 

Jika anda berminat, anda hanya perlu login ke semua  website yang saya senaraikan di atas. Baca habis-habis dan cari yang mana sesuai dengan jiwa anda dan daftarlah sebagai affiliate, designer atau seller. Sekiranya anda bermasalah dan tidak selesa untuk membuat urusan di dalam bahasa Inggeris, di Malaysia anda boleh juga mencuba nasib di www.printcious.com. Company ini adalah milik rakyat Malaysia dan anda boleh mempromosikan rekaan kepada teman-teman dan keluarga di Malaysia.

Sekiranya anda serius untuk membuat duit menerusi jualan rekaan t'shirt, teespring adalah yang terbaik. Saya tidak begitu artistik dan tidak begitu berminat dalam bidang penjualan t'shirt tetapi saya boleh kongsikan cerita-cerita inspirasi untuk memberi anda motivasi yang Malaysia boleh. 



T'Shirt ciptaan Glyn Williams ini telah membawa tuah kepadanya kerana telah berjaya mendapat jualan bersih sebanyak $35000 pada bulan pertama. Sehingga kini Glyn Williams telah berjaya mendapat keuntungan berjuta dollar dengan hanya menjual t'shirt. Kalau tak percaya google dan cari kisah Glyn Williams.

Klik di sini untuk membaca kisah bagaimana lelaki bernama Benny Hsu yang berjaya membuat jualan sebanyak 100k usd dalam masa 5 bulan sahaja. Banyak tips dan kata-kata inspirasi yang Benny Hsu kongsikan di sana. -->>>http://ift.tt/2oJlZyH

Sekian saja, semoga bermanfaat


Loading...