Loading...
Loading...
Peralatan radar hilang: KDN, kastam kena jawab
HASLINA KAMALUDIN - 29 JUN 2017
SHAH ALAM - Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) digesa segera memberi penjelasan terhadap insiden kehilangan peralatan radar ketenteraan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, penjelasan itu penting memandangkan insiden ini melibatkan aspek keselamatan dan hubungan luar negara.
HASLINA KAMALUDIN - 29 JUN 2017
Wan Azizah
SHAH ALAM - Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) digesa segera memberi penjelasan terhadap insiden kehilangan peralatan radar ketenteraan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, penjelasan itu penting memandangkan insiden ini melibatkan aspek keselamatan dan hubungan luar negara.
"Selain penjelasan, mereka juga perlu menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan keselamatan di pelabuhan-pelabuhan negara ini diperketat.
"Ini kerana insiden ini amat mengejutkan dan merisaukan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, kehilangan peralatan radar ketenteraan ini merupakan satu kejadian kebolosan keselamatan negara yang amat serius.
"Peralatan radar ketenteraan bernilai berjuta-juta ringgit yang dalam perjalanan dari Australia ke Netherlands telah ditahan di Pelabuhan Tanjung Pelepas kerana ketiadaan permit di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010 bulan lalu, tetapi didapati telah hilang dan dipercayai telah diseludup keluar dari negara ini.
"Insiden ini bukan sahaja melibatkan kehilangan peralatan ketenteraan yang kini mungkin telah dicuri atau diseludup keluar, tetapi juga menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan di salah sebuah pelabuhan terpenting di negara ini," katanya.
Jelasnya, apa yang merunsingkan apabila sepatutnya pihak kastam dan pelabuhan mempunyai kawalan keselamatan yang tinggi dan rapi.
"Ini kerana jika peralatan radar ketenteraan boleh dicuri atau diseludup dengan begitu mudah, apatah lagi penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia malah juga salah urus kargo atau konsainan bahan berbahaya.
"Amatlah mengecewakan jika wujud sebarang elemen rasuah dan pihak berkongkol di dalam jenayah ini.
"Saya turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat siasatan sepenuhnya kes ini," katanya.
Memetik laporan The Star Online, satu siasatan sedang dijalankan oleh Jabatan Kastam dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa mengenai kehilangan tersebut.
Suatu penyerahan peralatan radar ketenteraan berteknologi tinggi yang bernilai jutaan ringgit dilaporkan hilang dari Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Laporan polis juga telah dibuat mengenai kehilangan itu.
Menerusi laporan portal Astro Awani, laporan yang memetik kata-kata sumber itu mendakwa, sistem radar itu telah ditahan oleh pihak kastam sebaik ia sampai di Australia pada bulan lalu.
Peralatan itu sepatutnya dihantar ke Belanda tetapi ia tidak mempunyai permit, dan terpaksa ditahan oleh pegawai-pegawai kastam.
Tetapi, semasa pemeriksaan audit baru-baru ini, peralatan rahsia itu tidak dijumpai di pelabuhan tersebut.
Laporan itu berkata, pihak kastam telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menjalankan siasatan dalaman selain menentukan sama ada prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.
Peralatan sensitif tersebut memerlukan permit di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010 dan penalti berat seperti denda setinggi RM10 juta dan hukuman mati boleh dikenakan di bawah Akta berkenaan.
Loading...