Loading...

Berhentilah kutuk Fazura

Loading...
Loading...

Tadi aku duk belek-belek photo artis beraya di facebook. Ternampak gambar couple sensasi yang sedang popular menerusi drama "Hero Seorang Cinderella" iaitu Fazura dan Fattah Amin. Bila scroll ke bawah, aku ternampak komen-komen negatif pasal Fazura. Kaw-kaw punya komen dari lelaki-lelaki durjana Malaysia. Aku yang tak terbabit ni pun jadi sakit hati.

Aku bukan peminat Fanatik atau Fazurateam fan club etc. Normally aku jarang ambil tahu hal artis Malaysia. Aku just tengok drama diaorang cikit-cikit then ...let it go...let it go bak kata Elsa.Tapi aku suka Fazura. Aku suka tengok muka dia, sweet sangat. Betul-betul muka gadis melayu yang ayu. Senyuman dia yang paling aku suka. Gigi dia tersusun barangkali.  Aku juga suka tengok lakonan-lakonan dia. Kalau dia buat senyum nakal, comel sangat nampak. Dia pandai berlakon kan?

Berbalik kepada umpatan, sindiran dan kutukan yang aku baca tadi. Kita manusia biasa tak pernah terlepas dari kesilapan. Bezanya kita manusia biasa, aib dan silap kita selalunya kita dapat cover. Tapi Macam Fazura ni artis, Silap bergambar orang upload ke media, silap bercakap orang kutuk macam-macam. Fail bercinta, orang bersorak. Silap menaip di Instagram jadi isu dan kutukan viral. Aku perasan Fazura ni cuba nak jadi real, dia tak pretentious. Dia tak tunjuk dia alim ke dia baik ke. Dia tunjuk through lifestyle dan pakaian dia. Tapi sayangnya masyarakat kita selalunya tak hargai kejujuran dan something yang "real".

Kita semua ada kisah silam tapi kisah silam bagi artis sentiasa diungkit-ungkit untuk santapan umum. Sedap ke bercakap tentang masa silam seseorang sedangkan masa silam kita sendiri, kita selindung baik-baik dalam lipatan memori kita. Kisah silam Fazura tadi di sebut-sebut dengan ayat yang tidak manis dibaca. Pembaca wanita yang menegur dan memarahi empunya komen tersebut. Manakala pembaca lelaki teruja dan seronok membacanya. Dunia dah terbalik ke? Wanita yang sepatutnya kaki gossip tetapi dunia sekarang sudah terbalik kepada lelaki. Sungguh tak cool dan tak sexy karekter lelaki sebegitu.

Biarpun Fazura ni seorang artis, aib dia tak payahlah dicanang-canang. Best ke jatuhkan maruah seorang perempuan? Buruk baik seorang manusia tu, biarpun dia seorang artis, dia masih manusia biasa dan peluang untuk dia berubah sentiasa terbuka selagi dia hidup. Bagi dia chance untuk masa depan yang lebih baik. Hanya kerana Fazura ni seorang yang tabah dan kuat menghadapi sebarang gossip buruk dan rintangan dalam kehidupannya, tak semestinya dia patut terima kutukan demi kutukan tanpa henti.

Manusia ada limit ok? Hanya kerana kau tengok dia tersenyum manis di depan kamera tak semestinya hati dia senang dan seronok terima segala kutukan-kutukan yang tidak membina tersebut. Kita semua ada perasaan dan masalah hidup masing-masing. Cuba fahami hati dan perasaan orang lain. Cuba kalau perkara ini berlaku pada korang, pada adik-adik perempuan korang contohnya. Kau boleh menaip atau menulis apa saja tapi kau tak tahu ayat yang mana boleh beri kesan kepada seseorang. Ayat mempunyai peranan samada membina atau membunuh. Berkatalah yang baik atau diam saja.



Ingat! Bila kau berdosa dengan Allah, kau sentiasa boleh minta ampun ( selagi kau hidup ) tapi kalau berdosa dengan orang? Orang yang tidak kau kenali pulak tu...macamana kau nak minta maaf? Berhentilah buat dosa kering.

Photo Fazura aku ambil dari alchetron.com
Loading...