Loading...

DIY Mudah | Toilet sentiasa berbau segar dan bersih dari bakteria

Loading...
Loading...

Mencuci bilik air atau toilet bukanlah tugas yang digemari suri-suri rumah. Tapi suka atau tidak ianya adalah tugas yang wajib dilakukan. Mengekalkan kebersihan dan kebersihan toilet amatlah penting untuk kesejahteraan seisi keluarga kerana di situlah tempat membiaknya bakteria. 

Di sini saya kongxiekan cara-cara membuat kerja mencuci lebih mudah, cost effective dan sudah tentu bebas dari bahan-bahan kimia yang membahayakan. Diy pencuci toilet ini bukan saja boleh menghilangkan bau yang kurang menyenangkan malahan ianya anti bakteria dan membuatkan toilet berbau segar sepanjang masa. Jom try!!

Bahan yang diperlukan

160g baking soda
60ml lemon juice
1/2 vinegar
1 Hydrogen peroxide
15-20 titis fragrant oil/minyak pewangi ( wangian pilihan anda)


Cara-caranya

Campurkan baking soda dan air lemon ke dalam mangkuk. Campurkan hydrogen peroxide dan cuka ke dalam mangkuk yang berasingan. Kemudian campurkan campuran cuka ke dalam campuran baking soda sedikit demi sedikit dan kacau. Yang terakhir sekali campurkan fragrant oil pilihan anda.

Ambil sudu dan buatkan shape seperti di dalam gambar. Letakkannya di atas kertas dan keringkan. Biarkan semalaman atau sekurang-kurangnya 5 jam. Bila ianya sudah betul-betul kering, simpan dia dalam bekas kaca. dan letakkanya di dalam bilik air.

Setiap kali anda perlu mencuci hanya letakkan 1 atau 2 ketul dari bahan tersebut. Nah mudah kan?

source: housegood.co 
Loading...