Loading...
Loading...
Pernah tak seseorang, secara tiba-tiba menghubungi anda dan berkata dia perlu bercakap dengan anda. Atau tiba-tiba anda rasa orang yang rapat dah tak serapat dulu. Apa-apa hal atau permasalahannya anda tahu dari sumber lain. Padahalnya dulu andalah tempat dia mengadu. Apa-apa perkara tentang dia mesti anda dulu yang tahu. Sedih tak kalau berita kawan meninggal, atau sakit atau putus hubungan dan dia tengah suffer anda tahu dari orang lain. Pokoknya kenapa dia tak beritahu anda dulu, macam dulu-dulu.
Cuba anda fikir balik, adakah anda pendengar yang baik. Adakah anda orang yang boleh dipercayai untuk menceritakan kisah-kisah peribadinya. Sebaliknya dia jadikan anda sebagai kawan say hello dan apa khabar sahaja dan gelak ketawa jika perlu tapi anda bukan tempat dia berbicara perkara yang penting-penting lagi.
Pernah tak tiba-tiba anda rasa perlu bercakap dengan seseorang. Perkara yang nak anda cakapkan tu mungkin hal peribadi ke, rahsia ke, pokoknya masa tu anda rasa anda kosong atau kesunyian dan anda perlu bercakap dengan seseorang. Orang yang anda pilih pula dah tentulah orang yang paling anda percayai, teman rapat atau orang yang bermakna dalam hidup anda.
Tapi bila anda call atau bila anda berjumpa dengan orang tu, anda bercerita hal lain dan perkara yang anda ingin cakapkan itu berkubur macam tu aje. Dari pengalaman dan kesilapan, saya listkan di sini mengapa perkara itu mungkin terjadi.
Anda Kuat Menyampuk
contohnya dia call pernah call anda dan beritahu anda yang dia ada perkara nak hendak dicakapkan dengan anda atau ajak berjumpa tapi apa yang jadi ialah :
Anda tidak beri peluang dia bercakap. Dia baru cakap sebaris, anda dah sampuk 10 baris.
Caller A: Tadi aku gi hospital....
Kau : ( tak habis cakap kau dah sambung) Ooooo tadi aku pun pergi hospital, punyalah ramai orang.... nurse tu pulak punyalah sombong blablablablala panjang kau cerita habis 1 bangunan kau cerita
Caller A: (Perkara sebenar yang dia nak cakap tapi tak sempat sebab kau menyampuk tadi)
Tadi aku gi hospital, doktor kata aku ada penyakit kanser paru-paru...tahap 3
Contoh 2
Caller B : Aku dengan laki aku selalu bergaduh....
Kau : ( kau sampuk panjang lebar ) Aku dengan laki akupun sama. Ada ke hari tu blablablabla...pot pet pot pet menyirap je aku dengan laki aku...pot pet pot pet...mak mertua aku pulak tut tit tut ....kakak aku...anak aku...habis salasilah keluarga kau sebut.
Caller B : (Perkara sebenar yang dia nak cakap tapi tak sempat sebab kau menyampuk tadi)
Aku dengan laki aku hari-hari bergaduh...tapi tadi dia pukul aku. Dia ada perempuan lain....
2 contoh dia atas adalah contoh-contoh antara kawan atau famili anda atau cuba cakapkan tapi end up dia tak cakap sebab dia tak berkesempatan. Patut ke anda buat kesilapan seperti ini sedangkan masa tu dia sedang memerlukan sokongan anda. Dia tak berkesempatan dan lebih teruk lagi dia kena spend masa yang lama untuk mendengar celoteh-celoteh panjang lebar anda pada saat dia sedang hadapi masalah berat. Jadi dia letak telefon rasa down sangat. Apa yang dia nak cakapkan tergantung. Dia perlukan anda pada masa itu. Dia pilih anda. Tapi anda hampakan harapan dia.
Dia call anda terlebih dahulu. Dia habiskan bil kerana perlu untuk bercakap dengan anda. Sepatutnya anda bersabar dan mendengar habis-habis apa dia dia cuba nak cakapkan. Life bukan semuanya tentang anda. Boleh bercerita pasal anda tapi beri peluang kepada dia untuk bercerita dahulu. Lagipun dia yang call anda. Kalau anda nak bercerita sangat tentang hidup anda lain kali anda call dia dulu. Logik tak?
Anda tiba-tiba jadi Tuan Penasihat
Bukan semua orang yang bercakap dengan anda memerlukan nasihat. Dia cuma perlu bercakap. Luahkan apa yang terbuku dia hati dia. Cuma bagi nasihat kalau dia minta. Bila 10 kali dia call, 10 kali asyik kena dengar anda membebel bagi nasihat, anda pasti bukan lagi jadi pilihan utama untuk dia bercerita selepas ni.
Anda suka sebar cerita dekat orang lain
Apabila dia memilih untuk bercerita dengan anda, bermaksud dia percayakan anda. Dia tak harap anda bercerita hal dia kepada orang lain. Kalau dia nak cerita hal dia kepada orang lain, dia dah update hal dia di facebook wall, twitter atau instagram tapi dia tidak melakukannya..dia pilih untuk call dan berjumpa anda secara private untuk bercerita tentang itu. Hormati privacy dia dengan jangan sebarkan pada sesiapa. Bila anda sebarkan, anda secara otomatik telah dicop sebagai kawan yang tidak boleh dipercayai.
Anda mendengar secara acuh tak acuh
Bila dia bercakap anda sibuk checking telefon, anda sibuk tengok kiri dan kanan, wajah anda menunjuk riak muka boring. Mungkin anda boring sebab...kita semua ada kawan jenis macam ni. Dia suka ulang benda yang sama. Asal berjumpa, masalah yang sama dan tak pernah habis masalah yang sama dia tu. jadi anda decide untuk mendengar ambil syarat je atau secara acuh tak acuh. Percayalah orang yang berbicara tahu dan perasan samada anda berminat atau tidak untuk mendengar melalui reaksi yang anda tunjukkan.
Di atas adalah antara contoh dan sebab musabab paling common kenapa orang yang rapat dah tak bercerita dengan anda atau mungkin menjauhkan diri dari anda.
Jika anda sayangkan seseorang jadilah pendengar yang baik. Cuba elakkan kesilapan seperti di atas. Tahan nafsumu untuk berbicara sebentar dan dengarkan keluhan hati temanmu. Mungkin dia sangat memerlukan sokonganmu ketika itu. Seorang pendengar yang baik adalah lebih baik dari yang 10 orang yang berbicara. Ini adalah salah satu dari cara berbuat baik secara random atau orang putih kata "random act of kindness. Anda memberi masa dan perhatian kepada seseorang yang sedang memerlukan. Apabila anda menjadi seorang pendengar yang baik secara otomatiknya anda menjadi seorang yang menarik.
Jangan rasa bosan jika anda sentiasa terpilih untuk menjadi pendengar, malah berbanggalah kerana diri anda dianggap seperti lilin yang menyinari hidup orang lain. Tiba satu masa anda mungkin ada waktu-waktu di mana anda sendiri memerlukan seseorang. Ketika itu baru anda mengerti apa perasaan anda jika orang tidak langsung memberi peluang kepada anda untuk bercakap.
Beri peluang kepada orang lain untuk berbicara
Di atas adalah antara contoh dan sebab musabab paling common kenapa orang yang rapat dah tak bercerita dengan anda atau mungkin menjauhkan diri dari anda.
Jika anda sayangkan seseorang jadilah pendengar yang baik. Cuba elakkan kesilapan seperti di atas. Tahan nafsumu untuk berbicara sebentar dan dengarkan keluhan hati temanmu. Mungkin dia sangat memerlukan sokonganmu ketika itu. Seorang pendengar yang baik adalah lebih baik dari yang 10 orang yang berbicara. Ini adalah salah satu dari cara berbuat baik secara random atau orang putih kata "random act of kindness. Anda memberi masa dan perhatian kepada seseorang yang sedang memerlukan. Apabila anda menjadi seorang pendengar yang baik secara otomatiknya anda menjadi seorang yang menarik.
Jangan rasa bosan jika anda sentiasa terpilih untuk menjadi pendengar, malah berbanggalah kerana diri anda dianggap seperti lilin yang menyinari hidup orang lain. Tiba satu masa anda mungkin ada waktu-waktu di mana anda sendiri memerlukan seseorang. Ketika itu baru anda mengerti apa perasaan anda jika orang tidak langsung memberi peluang kepada anda untuk bercakap.
Anda mungkin kerugian jika asyik bercakap dan kurang mendengar.
Ada waktu-waktunya orang berbicara dengan anda kerana hendak memberi info atau mengajar anda sesuatu. Jika anda kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar anda mungkin belajar sesuatu yang baru. Manakala jika anda saja yang bercerita anda tidak tahu perkara baru kerana anda bercerita benda yang anda tahu sahaja.
Adakalanya mereka yang bercakap dengan anda, mungkin hendak beri anda sesuatu, peluang bisnes contohnya tapi anda tidak beri peluang. Mungkin dia baru dapat bonus dan bercadang untuk mengajak anda shopping kerana dia hendak beli sesuatu untuk anda dan seperti biasa dia tidak sempat untuk berbicara tentang hal itu kerana anda pokpokpokpok bercerita hal lain.
Jadi bagaimana caranya untuk menjadi pendengar yang baik
- Dengar dengan penuh perhatian. Fahami apa yang orang lain cuba hendak beritahu anda
- Tunjukkan reaksi yang anda betul-betul mendengar
- Dengar dan fahami secara mendalam sebelum memberi pendapat anda
- Jangan samakan situasi dirinya sama seperti anda. Jangan jadikan perbualan itu tentang anda.
- Jangan beri nasihat, kecuali jika diminta.
- Jangan masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Ingat apa yang dia cuba katakan.
- Elakkan menyampuk, tukar topik cerita lain dan bertanya itu dan ini
- Jangan cuba selidik secara mendalam. Tunggu dia sendiri yang bercerita.
Sekiranya anda perlu untuk bercakap. Cakapkan benda yang positif dan membina sahaja.
Semoga bermanfaat.
"Being a good friends doesn't mean you always have all the rights words to say. Sometimes it means you just know when to be a good listener. "-Katrina Mayer.
Loading...