Loading...
Loading...
Oleh kerana phobia, saya belikan komputer yang lengkap seorang satu untuk anak-anak saya. Xbox lagi. Biar saya susah, asalkan internet berbayar tiap-tiap bulan. Hasilnya anak-anak saya berbeza dari anak-anak yang lain. Anak-anak saya hanya keluar pergi mengaji di tingkat bawah rumah dan ke sekolah. Itupun saya hantar sendiri pergi dan balik. Mungkin tak elok anak-anak terlalu didedahkan dengan internet yang melampau tapi ada pro dan kontra dalam perkara ini. Salah satu kebaikkannya ialah anak-anak mendapat markah yang tinggi dalam bahasa Inggeris kerana mereka selalu chatting dan bermain games dengan budak-budak luar negara. Salah satu keburukkanya pulak takut anak-anak ada masalah bersosial pulak nanti :(
April 03, 2017 -- Bapa kandung berusia 37 merogol anak sendiri yang berusia 14 tahun hingga melahirkan anak di Kemaman
Kenapa saya phobia sangat?
Saya senaraikan antara kes-kes yang rogol dan liwat yang pernah berlaku di Malaysia di bawah ini :
Jul 22, 2015 --Tiga renaja lelaki 14 tahun merogol kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun secara bergilir-gilir di Taman Melati
21 Oktober 2007 -- seorang kanak-kanak berusia 12 tahun telah dirogol oleh bapanya sendiri ketika sedang tidur di rumah mereka di Subang Perdana, Petaling Jaya.
Mar 31, 2017 --Pekerja kilang dijatuhi hukuman penjara selama 24 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Alor Gajah, Melaka selepas mengaku salah merogol dan meliwat kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, minggu lalu.
2014 --Seorang warga emas berusia 64 tahun merogol kanak-kanak berusia 12 tahun di Melaka
Dec 21, 2016 -- Seorang guru dituduh meliwat tiga anak muridnya sendiri di kelas muzik sebuah sekolah di Ampang Jaya, Selangor
2015-- Seorang cikgu dari sebuah sekolah di Sarawak ditahan pihak polis kerana meliwat seorang pelajar lebih 50 kali sejak pelajar itu berusia 12 tahun.
3 november 2014 -- Seorang guru berusia 33 tahun ditahan polis selepas didakwa cuba meliwat murid tahun tiga di sekolahnya, di Chicha, Kelantan
14 ogos 2015 -- Murid lelaki sekolah tahfiz, Alor Gajah Melaka yang berusia 10 tahun, menanggung azab apabila mendakwa dipaksa melayan nafsu songsang empat pelajar senior yang meliwatnya.
video ni atas wajah lelaki yang meliwat budak berusia 10 tahun
Ini belum masuk senarai kanak-kanak yang diculik. Ada yang dijumpai tapi dah tak bernyawa kerana didera secara fizikal dan seksual. Ramai lagi pulak tu yang masih belum dijumpai. Saya suggest tengok cerita "criminal mind" dan "law and order svu". Dalam cerita tu ada sedikit pengajaran tentang cara-cara untuk kenali pedofil dan memberi kesedaran kepada kita supaya jangan main leka membiarkan anak-anak tanpa pengawasan. Pedofil ni sebenarnya adalah sejenis penyakit mental. Mereka bernafsu hanya kepada kanak-kanak di bawah usia 13 tahun.
Ini di Malaysia. Di luar sana terutama lagi dahsyat, mereka mempunyai organisasi, laman web dan talian mereka sendiri, tetapi kerajaan mereka telah merangka undang-undang di mana apabila seorang penjenayah seks di dapati bersalah, mereka secara automatik menjadi pesalah seks berdaftar. Apabila mereka dilepaskan, samada dilepaskan di bawah parol atau bebas terus, mereka masih perlu melaporkan diri kepada pegawai bertugas dan kawasan kejiranan tempat mereka akan diberitahu bahawa ada penjenayah seks menetap di situ sebagai langkah berjaga-jaga.
Jangan ambil remeh, perkara ini mungkin boleh terjadi terhadap ahli keluarga anda sendiri tanpa anda sangka
1) Tidak post gambar anak-anak tidak berpakaian atau berpakaian tidak sopan sama ada anak lelaki mahupun perempuan.
2) Jangan sesekali memberitahu atau post lokasi sekolah atau kawasan beradanya anak anda di laman sosial
3) Latih anak-anak untuk tidak membenarkan sesiapa sahaja menyentuh kemaluannya.
4) Pakaikan anak-anak pakaian yang tidak begitu menonjol dan sopan.
5) Berikan perhatian sekiranya anak-anak tidak berasa selesa atau takut berada dekat dengan seseorang dan jika mereka menjadi murung apabila mendekati seseorang.
6) Jangan membiarkan anak-anak terutama sekali yang berumur 13 tahun ke bawah pergi kemana-mana keseorangan diri atau tanpa pengawasan orang dewasa yang dipercayai.
7) Jangan membiasakan anak-anak duduk di atas riba sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi seorang lelaki.
Oleh itu, sebagai ibu bapa ini adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan bagi menjauhkan anak anda daripada menjadi mangsa golongan tidak bermoral ini:
+ Biasakan dengar mereka mengadu dan tunjukkan yang kita amik berat dengan aduan mereka walaupun untuk perkara-perkara yg kecil.
+ Ajar anak untuk berkata TIDAK jika ada orang lain yg minta mereka buat benda yang aneh dan menyakiti mereka.
+ Jangan marah anak jika mereka bertanya perkara yg bagi kita agak lucah kerana ada kemungkinan mereka sedang dipengaruhi oleh Pedofil.
+ Jangan ambil ringan kalau anak selalu mengadu sakit di bahagian perut ataupun kemaluan.
+ Jangan post gambar anak kita dalam keadaan berpakaian seksi walaupun mereka masih kanak kanak! Memang ada laman web lucah kanak kanak yg suka cari gambar kanak kanak yg 'seksi' untuk menjadi bahan tatapan dan perbincangan mereka.
Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti seorang kanak-kanak itu menjadi mangsa pedofilia, hubungi Talian Nur 15999 untuk mendapatkan bantuan.
sebahagian dari artikel saya ambil dari says.com untuk panduan bersama.
Loading...