Loading...

PAS BANTAH PEHAK LUAR CAMPURI URUSAN NEGARA.

Loading...
Loading...

PAS membantah campur tangan pihak asing yang mahu cuba untuk mencampuri urusan hal ehwal dalaman di negara ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Malaysia kini terpalit dengan cubaan beberapa pihak luar untuk turut serta dalam 'menyelesaikan' beberapa isu besar lebih-lebih lagi berkenaan skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau yang merujuk kepada campur tangan Department of Justice (DoJ) Amerika dalam isu 1MDB, perkara itu sebenarnya hanya memberi ruang kepada mereka untuk menjatuhkan serta memburukkan negara Malaysia di mata luar.

Malah katanya, institusi kehakiman di negara ini beserta dengan kepakaran golongan profesional tempatan yang sepatutnya diberikan ruang dalam menyelesaikan skandal besar tersebut.

“Jangan kita mengulangi sejarah dengan menjemput pihak asing untuk menyelesaikan masalah dalaman kita seperti BMF, PERWAJA, Tabung Haji, KWSP, dan terkini isu 1MDB yang bersorak gembira supaya diberi ruang penyelesaiannya oleh mahkamah di negara asing.

“Apa pun keputusan isu dalaman kita, biar mahkamah kita sendiri menyelesaikan atau mahkamah rakyat kita menyelesaikannya.

“Sebodoh-bodoh dan sezalim-zalim dalaman kita, biar kita yang tanggung sendiri dan akhirnya berkat kesabaran, pasti sedar dan insaf,” katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Tambah Hadi, undangan pihak asing oleh beberapa pihak dalam menyelesaikan skandal 1MDB ini sekadar mahu memenangi pilihan raya akan datang dan lebih bersifat peribadi.

"Saya yakin bahawa mereka yang mengundang pihak asing supaya mencampuri urusan negara semata-mata untuk menang pilihanraya, di mana moral mereka paling tidak beriman dan budiman, apabila kemenangannya nanti juga tanpa iman dan budiman," katanya.

Skandal 1MDB sekali lagi menjadi tajuk utama antarabangsa dua minggu lalu apabila Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mengemukakan saman sivil terbaru untuk merampas tambahan aset AS$540 juta yang didakwa diperoleh dengan dana yang diselewengkan dari firma dana pelaburan negara itu.

Antara lain, tuntutan baru itu mendakwa AS$620 juta yang didakwa dipulangkan oleh “Malaysian Official 1 (MO1)” kepada "penderma" sebaliknya disalurkan kepada hartawan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low.

Low kemudian didakwa menggunakan dana berkenaan untuk membeli kalung berlian merah jambu bernilai AS$27.2 juta untuk isteri MO1.

Susulan itu minggu lalu, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemudiannya berkata mereka tidak akan menyiasat dakwaan itu dan melepaskan tanggungjawab tersebut kepada polis.

Namun, pihak polis berkata mereka tidak akan mengganggu kes sivil yang dibawa oleh DOJ.
- MelayuMaju.

Loading...