Loading...

Radar canggih tentera tak hilang pulak?

Loading...
Loading...

Kastam: Radar canggih tentera tak hilang, sudah sampai Belanda

  | June 29, 2017
Subromaniam Tholasy berkata, siasatan pihaknya menumpukan pematuhan SOP dalaman ketika pelepasan kontena yang memerlukan permit di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010.
PETALING JAYA: Jabatan Kastam menjelaskan kontena mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi yang didakwa hilang dari Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor, sebenarnya sudah sampai ke destinasinya di Pelabuhan Rotterdam, Belanda.
Ketua pengarahnya, Datuk Subromaniam Tholasy dalam satu kenyataan hari ini berkata, siasatan pihaknya menumpukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalaman ketika pelepasan kontena yang memerlukan permit di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010.
Beliau mengulas pengesahan Ketua Polis Daerah Nusajaya, Nor Hashim Mohamad berhubung laporan yang diterima pihaknya mengenai peralatan radar tentera berteknologi tinggi bernilai jutaan ringgit yang memerlukan kelulusan khas daripada Putrajaya hilang dari Pelabuhan Tanjung Pelepas.
The Star memetik Penolong Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Datuk Paddy Abd Halim sebagai berkata, sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat kes tersebut.
Peralatan itu yang tiba dalam sebuah kontena dari Australia bulan lalu, sepatutnya dihantar ke Belanda melalui Johor.
Bagaimanapun, ia ditahan Jabatan Kastam kerana tiada permit khas dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010.
Ia kemudiannya dikesan hilang dalam pemeriksaan audit baru-baru ini.
Ia tiba dalam sebuah kontena dari Australia tetapi menunggu permit khas.
Loading...