Loading...
Loading...
Setiap kali tiba hari raya, nostalgia ketika beraya di zaman kanak-kanak pasti muncul kembali di kotak fikiran.
Apa sahaja kenangan di Aidilfitri, ianya pasti terpahat di dalam hati sama ada memori indah mahupun menyedihkan.
Begitu juga bagi pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida yang sentiasa sebak apabila terkenang kesusahan untuk membeli baju dan kasut raya kira-kira 35 tahun lalu.
“Saya masih ingat lagi bagaimana susahnya kehidupan dulu setiap kali tiba hari raya. Nak beli baju dan kasut raya pun fikir banyak kali, keadaan waktu itu amat susah.
“Saya terpaksa berniaga jika mahu beli baju raya untuk diri sendiri. Lepas dapat, saya bawalah sampai ke tidur sebab saya rasa susah nak dapat baju raya itu,” katanya kepada mStar Online.
Namun kesusahan hidup yang dilaluinya kira-kira 35 tahun lalu digarap Vida menjadi sebuah filem pendek untuk dikongsi bersama peminatnya sempena Aidilfitri kali ini.
Ilham yang hadir semasa berpindah masuk ke ‘istana’ baharunya di Meru, Ipoh itu diarahkan sendiri oleh Vida dengan kos RM20,000.
“Raya kali ini ada kelainan sedikit berbanding tahun sebelum ini. Saya kongsikan kisah sebenar kepayahan hidup saya semasa zaman kanak-kanak. Saya mahu ia jadi ilham kepada anda semua bahawa tiada apa yang mustahil selagi kita berusaha,” katanya.
Vida berkata, kesusahan hidup semasa kecil menjadikan beliau lebih bersyukur dan menghargai sesuatu hasil titik peluhnya.
“Kalau kita bersyukur dan menghargai apa yang kita dapat, memang Allah akan permudahkan. Sebab itu bila saya dapat sesuatu dengan payah, saya amat menghargainya,” kata ibu tunggal itu.
Ditanya mengenai anaknya, Nur Edlynn Zamilleen, 12, atau lebih dikenali sebagai Cik B sebagai watak utama dalam video tersebut, Vida berkata pemilihan itu dibuat kerana anak tunggal perempuannya itu menggambarkan dirinya yang sebenar semasa zaman kanak-kanak.
“Ada kata saya nak kurangkan bajet tapi ingin saya tegaskan Cik B itu sebiji macam saya dulu, hitam dan gemuk. Itulah saya ketika zaman kanak-kanak… ke hulur ke hilir membawa barang dagangan untuk mencari wang,” katanya.
Jelas Vida, semasa mengarahkan video pendek itu beliau hampir putus asa kerana sukar mencari props tradisional untuk setiap babak.
“Saya dah hampir give up… nak cari props tradisional tu pun payah. Saya kalau boleh nak rumah yang hampir sama dengan rumah saya masa zaman kanak-kanak.
“Akhirnya jumpa juga dekat Meru, lebih kurang macam rumah saya. Rumah papan dengan warna tikar yang hampir sama mengingatkan saya dengan rumah lama saya waktu kecil,” katanya.
Mengulas mengenai Syawal kali ini, Vida berkata beliau tidak sabar untuk meraikan sambutan itu di istana baru buat pertama kalinya bersama ahli keluarga dan saudara mara dari Kelantan.
“Saya tidak balik ke Kelantan tahun ini. Jadi sudah tentu ia akan kenangan yang takkan saya lupakan. Sekarang pun sudah hampir 30 ahli keluarga datang beraya dekat sini. Ada yang memasak dan mengemas rumah, dah macam kenduri kahwin… meriah sungguh,” katanya.
Sempena Aidilfitri ini, Vida bersama Cik B dan seorang lagi anaknya, Muhammad Eric Zaquan akan mengenakan busana sedondon berwarna ungu.
“Tahun ini saya pilih warna ungu iaitu warna produk Millenia,” katanya yang mempunyai 10 pasang baju sempena Aidilfitri kali ini. – mstar