Loading...
Loading...
#Air, air dan air
Pastikan anda meminum air mineral atau air masak yang mencukupi.
#Tuliskan apa yang anda makan
Kajian mendapati mereka yang menyimpan dan menulis diari permakanan dapat mengurangkan berat badan 15% berbanding dengan mereka yang tidak. Kajian dari Universiti North Carolina mendapati bahawa pengambilan kalori selalunya berlaku pada hujung minggu. Mereka yang menyimpan diari permakanan akhirnya akan tahu apa yang menyebabkan badan mereka naik atau turun dengan membaca carta permakanan dari diari mereka sendiri.
#Mantra berat badan
Pernah dengar tentang nubuatan diri atau self-propechy? Jika anda terus memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang tidak boleh anda lakukan, seperti berhenti memakan makanan ringan atau bersenam setiap hari, kemungkinannya anda tidak akan melakukannya. Sebaliknya (sama ada anda percaya atau tidak) ulangi pemikiran positif kepada diri sendiri. "Saya boleh turunkan berat badan." "Saya akan keluar untuk berjalan kaki hari ini." "Saya tahu saya boleh menahan diri dari memakan aiskrim selepas makan malam." Ulangi ungkapan ini dan akhirnya ianya akan menjadi kenyataan.
#Kurangkan menonton TV
#Makan bila perut betul-betul memerlukan
Satu kajian terhadap 76 pelajar siswazah mendapati lebih banyak mereka menonton televisyen, lebih kerap mereka makan dan lebih banyak makan secara keseluruhan.
#Bersihkan sesuatu dengan teliti seminggu sekali
Cari alasan untuk mencuci sesuatu setiap minggu. Contohnya mencuci bilik air, mencuci kereta, mop satu rumah. Kegiatan dan aktiviti pencucian sebegini boleh membakar kalori.
Buangkan tebiat makan kerana kesunyian, ketika mengalami tekanan atau ketika sedang dilanda kekecewaan. Memang amat melegakan jika kita boleh makan ketika di dalam situasi sebegini tetapi jika anda menjadikan amalam itu secara berterusan ianya akan menjadi habit dan anda tidak akan dapat menguruskan badan. Cari cara lain untuk melegakan masalah dalam kehidupan anda. Makan hanya bila perlu iaitu ketika kita betul-betul lapar.
Rasa tak logik dan kelakarkan? Kajian dari Dr. Alan R. Hirsch, pengarah neurologi Smell & Taste and Yayasan Penyelidikan di Chicago mendapati menghidu bau ketiga-tiga bahan di atas dapat mengurangkan rasa lapar dan sekaligus dapat menurunkan berat badan. Ianya kerana kita menipu otak kita dengan memikirkan bahawa kita sudahpun makan.
Ada sebab mengapa restoran, warung dan francais makanan tidak menggunakan warna biru sebagai logo, alas meja, meja atau hiasan mereka. Ini adalah warna biru berfungsi sebagai penyekat selera makan. Cari baju biru, alas meja biru atau set makan warna biru dan elakkan warna merah, oren dan kuning, kerana warna-warna itu boleh menambah selera makan.
Letakkan cermin di depan meja makan atau makan di depan cermin dapat menguruskan berat badan. Kajian mengatakan tabiat makan di depan cermin boleh mengurangkan berat badan dengan efektif kerana ianya dapat mengingatkan anda tentang gol anda untuk kurus dengan melihat diri sendiri di dalam cermin.
Samada di ofis, kolej, sekolah atau di mana-mana saja atau apapun pekerjaan anda, cari alasan untuk berjalan selama 5 minit setiap 2 jam. Kajian mengatakan dengan berjalan sedikit sebanyak mengurangkan keinginan untuk makan snek atau makanan ringan.
Hanya 10 minit. Ya hanya 10 minit sehari, turun dan naik tangga membantu untuk mencapai impian anda untuk kurus, selagi anda tidak makan secara berlebihan.
Kajian dari Duke Univerisi mengatakan amalan berjalan 45 minit sehari boleh mengurangkan berat badan, tanpa perlu mengurangkan pengambilan makanan.
Bertukar buah atau makanan yang rendah gula atau tanpa gula. Tengok list bahan di botol atau kotak sebelum membeli. Cari makanan yang mengandungi lebih kandungan serat.
Ini membantu anda untuk makan dengan lebih perlahan. Lebihkan air ketika makan. Jika berteman, bercerita sesuatu yang menyeronokkan. Jika anda makan secara perlahan, otak anda akan menangkap signal bahawa anda telah makan dengan mencukupi.
Kajian mendapati dengan berjalan sebelum makan malam dapat membantu mengurangkan selera makan.
Skip menonton wayang dan sebagainya. Selain dari mengelakkan anda dari duduk lama, ianya juga dapat mengelak anda dari meminum soda dan popcorn. Sebaliknya lakukan aktiviti seperti berjalan di taman, menunggang basikal, berenang atau bermain bowling.
Ini kerana restoran dan warong cenderung kepada memberi anda banyak pilihan makanan dan minuman dan selalunya makanan yang disajikan adalah dalam jumlah yang besar.
#Makanan yang mengandungi kandungan air yang banyak
Makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi dapat membantu anda untuk makan dalam jumlah yang sedikit dan lebih mengenyangkan. Contohnya timun, tomato, sup, bubur nasi atau salad.
Anda boleh memasak apa saja tapi lebihkan sayur dalam menu anda. Contohnya campurkan banyak broccoli ke dalam pasta atau banyakkan sayuran berserat tinggi seperti kobis bulat di dalam mee hoon atau mee soup.
Contohnya gula, tepung, beras sebaliknya bertukar kepada beras berwarna coklat , gula perang dan roti bijiran penuh. Amalan mengurangkan makanan bewarna putih bukan sahaja bagus untuk menurunkan berat badan malahan sangat bagus untuk kesihatan secara keseluruhan.
Tabiat memakan buah boleh mengurangkan keinginan untuk makan dengan banyak. Jus buatan tetap membuatkan anda berasa lapar manakala jus yang dibeli mengandungi kandungan gula yang tinggi.
Kajian mendapati bahawa orang yang makan bijirin untuk sarapan pagi setiap hari kurang berkemungkinan menjadi gemuk dan mempunyai diabetes berbanding mereka yang tidak. Mereka juga mengambil lebih banyak serat dan kalsium-dan kurang lemak-daripada mereka yang makan makanan sarapan lain. Buat oat, atau tuangkan serat tinggi, bijirin yang rendah kandungan gula.
#Amalkan memakan kacang sebagai snek
Kajian telah mendapati bahawa orang yang berlebihan berat badan yang makan diet sederhana-lemak yang mengandungi badam hilang lebih berat daripada kumpulan kawalan yang tidak makan kacang. Snek sekali atau dua kali sehari membantu mencegah kelaparan dan membuat metabolisme anda menjadi kuat. Anda juga boleh mencampurkan mangkuk snek anda dengan kacang-kacangan, kismis, biji dan buah-buahan kering.
#Gosok gigi selepas setiap kali makan
Ini untuk menghantar signal kepada otak kita bahawa masa untuk makan telahpun habis.
Kajian telah mendapati bahawa orang yang berlebihan berat badan yang makan diet sederhana-lemak yang mengandungi badam hilang lebih berat daripada kumpulan kawalan yang tidak makan kacang. Snek sekali atau dua kali sehari membantu mencegah kelaparan dan membuat metabolisme anda menjadi kuat. Anda juga boleh mencampurkan mangkuk snek anda dengan kacang-kacangan, kismis, biji dan buah-buahan kering.
Ini untuk menghantar signal kepada otak kita bahawa masa untuk makan telahpun habis.
Amalkan petua dan tips di atas dan jadikannya sebagai rutin untuk mengurangkan berat badan tanpa perlu bersenam secara berlebihan. Mudah-mudahan anda berjaya.
sumber: reader's digest
Loading...