Loading...
Loading...
Kisah ini mungkin tidak seagung kisah cinta Shah Jahan, Mumtaz Mahal dan Taj Mahal sebagai lambang cinta mereka. Tetapi kisah ini adalah bukti bahawa cinta sejati memang ada. Tidak ramai yang kenal apa erti cinta sejati malangnya di zaman serba moden ini.
Seorang petani yang bernama Winston sangat menyintai isterinya. Dia berkahwin dengan Janet semasa tahun 60-an dan sangat setia berpegang pada janji dan sumpah perkahwinannya. Orang-orang yang melihat mereka kadang-kadang tidak percaya bahawa ada pasangan boleh menyintai dan hidup gembira sedemikian rupa. Mereka sangat berdedikasi dan konsisten menyintai satu sama lain. Cinta mereka seperti cinta dongeng yang kelihatan tidak real dan cuma boleh kita jumpai di dalam novel-novel cinta dan filem romantik. Semua orang mengalami kesukaran dalam kehidupan - tetapi mereka berjaya menangani bersama. Lebih dari suami dan isteri, mereka adalah juga adalah kawan baik. Cinta mereka berakar umbi dari rasa hormat yang mereka saling berikan.
Bagaimanapun seperti kita semua sudah maklum. Tiada yang kekal di dunia ini. Cinta mungkin kekal di dalam hati, tetapi manusia tidak. Sebagai manusia biasa kita tidak bisa hidup selamanya. Tiba masanya kita akan pergi jua mengadap Maha Pencipta. Semua kehidupan pasti akan melaluinya tidak kira sekuat mana cinta dan sehebat mana kekuasaan yang kita berjaya bina di dunia ini. Begitulah berakhirnya cinta kasih sayang 2 insan ini apabila Janet akhirnya pergi meninggalkan kekasihnya merangkap teman hidupnya, Winston.
Manusia punyai pelbagai cara untuk melupakan kesedihan. Selalunya yang kita nampak jika pasangan seseorang meninggal, pasangan yang hidup bersedih sebentar kemudiannya berkahwin lain atau mencari kegembiraan lain demi untuk melupakan. Begitu juga dengan Winston.
Namun cara Winston berbeza.
Sebagai seorang petani, Winston mula menanam pokok Oak sekitar tanah di kawasan rumahnya selepas kematian Janet. Orang-orang kampung dan mereka yang mengenali Winston menyangka itu adalah caranya untuk melupakan Janet. Bahkan mereka rasa seperti tidak masuk akal tentang cara Winston menghadapi kesedihannya dengan menanam beribu-ribu pokok oak. Mereka seperti tidak nampak dimana logiknya menunjukkan rasa cinta dengan menanam pokok-pokok oak tersebut.
Akhirnya hasil dari kerja keras tanpa mengenal penat dan susah, Winston berjaya menanam 6,000 pokok oak. Masa berlalu, sedekad kemudian pokok-pokok itu telah membesar dengan subur dan gah berdiri. Kediaman Winston kelihatan seperti hutan mini pokok oak. Ramai yang mula nampak keindahan usaha Winston namun masih tidak terjawab misteri disebalik apa yang dikerjakan oleh Winston disebalik hutan pokok oak itu. Sehingga 20 tahun berlalu, tiada siapa yang tahu misteri di sebaliknya.
Sumber gambar : Adam Gray
Rupanya selama ini Winston menanam dan meletakkan simbol cinta dengan membuat bentuk hati di tengah-tengah Hutan Pokok Oaknya. Ianya hanya dapat dilihat dari tempat tinggi. Rumah yang kelihatan di situ adalah rumah di mana isterinya Janet dilahirkan. Lambang hati itu adalah sebuah padang dari bunga-bunga daffodils.
Kisah ini adalah tanda bahawa "True Love" atau Cinta Sejati masih wujud di dunia ini.
Loading...