Loading...

[MB SELANGOR KENA BASUH] Pakatan Rakyat tak wujud lagi, Guan Eng ingatkan Azmin

Loading...
Loading...

GEORGE TOWN: Lim Guan Eng mengingatkan Datuk Seri Azmin Ali yang Pakatan Rakyat (PR) tidak wujud lagi. 

Setiausaha agung DAP itu berkata demikian berikutan kenyataan Azmin hari ini yang PR masih wujud kerana ia adalah “mandat rakyat”. 

Timbalan presiden PKR itu menjawab soalan pemimpin Amanah Selangor yang mahu beliau berhenti memujuk PAS menyertai Pakatan Harapan (PH). 

“Kerajaan Pulau Pinang dipimpin Pakatan Harapan. Kami semua sebahagian daripada PH di peringkat nasional dan tiada lagi Pakatan Rakyat; itu sebabnya ada PH,” kata Lim pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) hari ini.

PR yang ditubuhkan pada 2008 oleh PAS, PKR dan DAP, dibubarkan pada 2015 berikutan pertikaian mengenai isu hudud antara PAS dan DAP. 

Amanah – parti serpihan PAS dan PPBM kemudiannya menyertai PH. 

Walaupun dibubarkan, PKR meneruskan kerjasama dengan PAS untuk membentuk kerajaan Selangor. 

Baru-baru ini, Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim mendakwa Azmin teragak-agak dalam penubuhan sekretariat PH peringkat negeri. 

Izham berkata, matlamat PKR untuk pertandingan 1-lawan-1 pada pilihan raya umum ke-14 dengan mencapai persetujuan dengan PAS “tidak realistik”. 

Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamarudin pula menafikan dakwaan Izham dengan berkata “pertandingan 1-lawan-1” lebih baik untuk PH.
Loading...