Loading...

Tahukah Anda..

Loading...
Loading...
Kami kongxiekan lagi beberapa fakta menarik mengenai apa-apa saja. Jom layan..

#1.


Komik Donald Duck diharamkan di Finland pada akhir 1970-an. Jawatankuasa Hal Ehwal Pemuda Helsinki memutuskan komik Donald Duck tidak sesuai untuk kanak-kanak di bandar itu jadi mereka membatalkan pesanan buku komik tersebut. Karekter Donald Duck yang tidak memakai seluar, hubungan yang tidak wajar dengan Daisy Duck serta karekter pakcik Donald Duck yang rutinnya suka mandi dengan duit penuh dalam bathtub membuatkan karekter ini tidak disenangi mereka.

 #2.

Tulang paha manusia lebih kuat daripada konkrit. Tulang paha (Femur) adalah tulang terpanjang dan paling kuat di dalam badan anda. Kerana femur ini sangat kuat, ia biasanya memerlukan sesuatu tekanan yang kuat untuk memecahkannya, namun ia boleh menjadi patah. 

#3. 

Guinness Book of Records memegang rekod sebagai buku yang paling sering dicuri dari Perpustakaan Awam. Sejak diterbitkan pada 27 Ogos 1955, ia adalah buku tahunan terlaris dalam sejarah penerbitan.
#4. 



Flamingos berwarna merah jambu kerana udang merupakan salah satu sumber makanan, lebih tepatnya udang air tawar. Bahan kimia semulajadi yang berkhasiat atau sebatian organik, yang dipanggil beta karoten dalam udang tersebutlah yang menjadikan bulu flamingos berwarna merah jambu. Beta karoten adalah bahan kimia semulajadi yang juga membuatkan lobak berwarna oren.

#5.

Berita baik pada korang yang suka melalak di dalam bilik air. Menyanyi di bilik mandi dikatakan boleh membakar lebih 10-20 kalori setiap lagu, bergantung pada volume dan pitch suara anda. Apalagi jom karok dalam bilik air!..:)


Loading...