Loading...

Rakyat boleh tanam padi waktu malam – Tun Mahathir

Loading...
Loading...

Kerajaan akan memperkenalkan beberapa inisiatif baharu termasuk penanaman padi waktu malam dalam usaha membantu mempermudah dan meringankan kerja rakyat.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, inisiatif itu juga sekali gus dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja warga asing yang kini mencecah tujuh juta.

Selain itu katanya, kerajaan turut merancang pembinaan kilang yang mampu membina rumah sebagai sebahagian inisiatif tersebut.

“Kita sedang fikir sama ada kita boleh alih waktu kerja daripada siang hari kepada malam. Memanglah gelap, tapi orang kaya boleh main golf waktu malam, mungkin kita boleh tanam padi waktu malam sebab siang panas. Ini boleh kurangkan tekanan.

“Di sesetengah negara bila datang bulan puasa, mereka tidur siang dan malam bekerja.Jadi ia bukan sesuatu luar biasa.Sekarang ada lampu LED, tidak guna elektrik yang banyak.Ini antara langkah kerajaan yang sedang berusaha wujudkan banyak pekerjaan,” katanya ketika berucap dalam majlis Jamuan Makan Malam Tautan Muhibbah Parlimen Segambut 2019 anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)di sini hari ini. – UTUSAN ONlLINE




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Loading...