Loading...
Loading...
Tahun lepas, saya hebat diserang oleh PH kerana isu pembelian syarikat sawit Indonesia Eagle High Plantation (EHP).
Kononnya saya jaga kawan dan merugikan peneroka-peneroka FELDA kerana didakwa terlebih bayar untuk melabur dalam EHP.
Sehingga pihak FELDA diarahkan untuk membuat laporan polis terhadap saya bahawa saya telah menipu FELDA dengan pembelian RM2 bilion itu.
Selepas itu, kerajaan PH sendiri membongkarkan bahawa wujudnya perjanjian "Put Option" dari penjual saham.
Dalam ertikata lain, kalau kita tak mahu teruskan pelaburan itu selepas tamatnya tempoh 5 tahun, kita boleh tuntut balik semua wang yang kita bayar bersama dengan faedah 6% setiap tahun.
Wang yang kita bayar dahulu juga dipinjam melalui bon dengan kaedah faedah 3.85%.
Ini bermakna, Jika syarikat itu berjaya dan harga sawit memulih, pelaburan ini akan untung lebih banyak.
Sebaliknya, kerajaan masih untung jika kita jual balik kerana faedah yang kita kenakan kepada mereka adalah lebih tinggi dari kos hutang kita.
Maka, wang rakyat TETAP TERPELIHARA dan kita tidak akan rugi - sekaligus membuktikan tomahan PH bahawa FELDA akan rugi dengan membeli Eagle High ialah satu lagi fitnah.
Tetapi jika EHP amat berjaya maka FELDA akan untung lagi besar kerana keluasan tanah perladangan di bawah EHP adalah sangat besar - iaitu 4 kali keluasan negara Singapura.
Tahun lepas, PH tegas untuk melepaskan pelaburan dalam EHP ini kerana masa itu harga saham EHP rendah akibat mengalami kerugian walaupun bukan senang untuk mencari peluang untuk membeli kepentingan 37% dalam ladang kelapa sawit yang sudah ditanam dengan keluasan 4 kali ganda negara Singapura dengan harga RM2 bilion sahaja kerana tanah untuk tanam kelapa sawit di Malaysia sudah terhad.
Syarikat EHP adalah sebuah syarikat dengan ladang sawit yang kebanyakan pokok-pokok sawitnya masih muda dan hanya mula berhasil.
Sebab itu, EHP masih mengalami kerugian apabila harga sawit lebih rendah berbanding kos RM2,400 satu tan yang merupakan "break even point" mereka pada awal tahun lepas apabila PH memulakan serangan terhadap saya.
Namun, pengeluaran EHP bertambah setiap tahun dan ini menyebabkan kos break even point mereka akan berkurang setiap kali.
Pada tahun 2018, pengeliuaran EHP naik 33% berbanding tahun 2017.
Tahun 2020 ini, pengeluaran EHP juga diunjurkan akan mencapai rekod tertinggi pada masa harga sawit telah memulih.
Dengan harga sawit semasa yang lebih tinggi sekarang berbanding break even point dan jumlah pengeluaran tahunan yang semakin meningkat, EHP dijangka akan berubah dari mengalami kerugian kepada menjana keuntungan besar tahun ini.
Sebab itu, harga saham EHP mula melonjak naik.
Bagaimanapun ianya tidak mustahil pada masa hadapan, kerajaan PH akan claim bahawa mereka bijak apabila pelaburan dalam EHP menjadi amat berjaya walaupun pada suatu masa dahulu mereka pernah tuduh saya menipu FELDA.
NAJIB RAZAK
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com




©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...
