Loading...
Loading...
Syarikat penerbangan tambang murah terkenal AirAsia telah melancarkan baju Pelindung Diri Personal (PPE) untuk kegunaan kru kabin berdepan wabak COVID-19.
Menerusi laman sosial Facebook, seorang pengguna berkongsi baju PPE tersebut merupakan hasil rekaan pereka dari Filipina, Puey Quinones.
Baju PPE dengan warna pengenalan merah dan putih itu digunakan untuk penerbangan pemulihan daripada Bangkok, Thailand ke Manila, Filipina pada Jumaat lalu.
Menurut Pengerusi AirAsia Filipina, Sheila Romero, dia melabelkan baju PPE tersebut sebagai ‘chic dan sporty’.
Hasil tinjauan Gempak di ruang komen, rata-rata pengguna memuji tindakan AirAsia yang sentiasa mengutamakan keselamatan anak-anak kapal serta penumpang penerbangan.
Malah, tidak kurang juga yang menyokong tindakan pemakaian baju PPE ini kerana seragam kru kabin AirAsia sebelum ini dikatakan menjolok mata.
“Wah, nampak gaya AirAsia pun dah guna pakaian patuh syariah,” usik seorang wargamaya.
“Alhamdulillah takde la kurang pahala puasa penumpang bila naik air asia sepanjang bulan Ramadan. Tahniah air Asia,” puji seorang wargamaya.
“Lepas ni boleh cadang pakaian patuh syariah untuk staff AirAsia jugak kan. Kalau skarang boleh bertutup litup sambil melayan penumpang, tak mungkin lepas ni dah tak boleh nak bertutup litup untuk melayan penumpang jugak kan,” kata seorang wargamaya.
“Baguslah pramugari semua dah tutup aurat. Takde la naik flight aku asyik nak tutup mata suami sendiri, jangan tengok pramugari seksi sangat,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sumber : GEMPAK
MR : Dulu maca-macam cakap pasal tutup rambut dan tubuh.. sekarang macama mana?
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...