Loading...
Loading...
Senyuman adik-adik buat hati ini hidup kembali walau penat. Setelah 2 hari tak tidur bila dapat berita di Baling tentang keluarga suami isteri dan 4 orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal di bangsal atau khemah setahun dah. Selepas sahur terus ke sini. Jauh dari orang dan dalam kebun getah. Banyak nyamuk. Tak lepas kereta saya masuk dalam. Naik hilux, naik motor atau jalan kaki. Menangis tengok adik-adik ini. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya.
Sebelum hadir mereka kata ada ketua masyarakat disini hadir semalam dan janji akan beri rumah. Tolong buat rumah tapi selepas PKP nanti. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih ketua masyarakat dan masyarakat setempat yang banyak membantu mereka. Semua badan ada hantar makanan dan sekolah pun beri percuma pada mereka makanan di sekolah. Terima kasih semua. Gembira dengar. Syukur sangat.
Syukur Alhamdulillah sahabat kita sekeluarga dah berpindah ke rumah sewa. Saya dah bayarkan 2 bulan. InsyaAllah selagi meraeka perlukan rumah tu saya bayarkan sewa rumah dan air elektrik. Terima kasih tuan rumah yang baik.
Saya pergi kedai perabot belikan 2 katil queen dan tilam. Serta 2 tilam single. Belikan tikar getah. Rice cooker. Saya beri duit belanja buat keluarga dan anak-anak. Syukur pada Allah.
Semalam kelam kabut saya balik. Tak sempat cakap panjang. Dalam perjalanan sambung berbual dalam phone. Saya kata saya akan bantu anak ini belajar sekolah agama atau madrasah. Biar dia jadi orang hebat dunia akhirat.
For those who want to contribute to his efforts you may do so by sending your donations to
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
CIMB 8603546376
Loading...