Loading...

LIVE COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 1009, Total Cases- 36,434 | Active Cases- 10,503 | New Death- 6 Total Deaths- 277

Loading...
Loading...

 








Kenyataan Akhbar KPK 5 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 839 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 25,654 kes (70.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Secara keseluruhannya, sehingga 5 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,009 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 36,434 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,503 kes.

Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 564 kes (55.9 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 198 kes (19.6 peratus) dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan  mencatatkan sebanyak 95 kes positif (9.4 peratus) pada hari ini. Kelima-lima negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menyumbang sebanyak 857 kes (84.9 peratus) daripada keseluruhan kes positif COVID-19 pada hari ini.

Sebanyak 112 kes (11.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster penjara dan Pusat Tahanan Sementara (PTS). Ini melibatkan Kluster Penjara Sandakan (73 kes), Kluster Seberang Perai (14 kes), Kluster Penjara Kepayan (12 kes), Kluster Penjara Reman (12 kes), dan Kluster Tembok (1 kes).

Ingin dimaklumkan daripada 1,009 kes baharu pada hari ini, terdapat sembilan (9) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan empat (4) warganegara dan lima (5) bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • India (2 kes);
  • Kazakhstan (1 kes);
  • Indonesia (1 kes);
  • Korea Selatan (1 kes);
  • Nigeria (1 kes);
  • Afrika Selatan (1 kes)
  • Mexico (1 kes); dan
  • Kemboja (1 kes).

Daripada 1,000 kes penularan di dalam negara, empat (4) kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 483 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 564 kes
    • 119 kes daripada kluster-kluster, termasuk 17 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sutera dan Kluster Ria-30;
    • 254 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 191 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 177 kes
    • 83 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tamar;
    • 53 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Satu (1) kes saringan Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • 37 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan : 92 kes
    • 31 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 43 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 90 kes
    • 71 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang : 36 kes
    • 34 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Intan; dan
    • Dua (2) daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 14 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Danau;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah : Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Sarawak : Enam (6) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak : Enam (6) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka : Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Johor : Dua (2) kes
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 78 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan enam (6) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 277 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes No. Kematian Kes No. Negeri Jantina (Warganegara) Umur (tahun) Hospital Latar Belakang
272 35267 Selangor Lelaki (WN) 61 Hospital Selayang Penyakit kencing manis, darah tinggi, asma dan penyakit jantung
273 34011 Sabah Lelaki (WN) 62 Hospital Duchess of Kent Penyakit darah tinggi, strok dan penyakit Tibi
274 24193 Sabah Lelaki (WN) 54 Hospital Duchess of Kent Penyakit darah tinggi
275 35035 Sabah Lelaki (WN) 77 Hospital Queen Elizabeth Penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit batu karang
276 35036 Sabah Lelaki (BWN) 80 Hospital Tawau Penyakit kencing manis, darah tinggi, gout dan lumpuh anggota
277 34012 Sabah Perempuan (BWN) 92 Hospital Duchess of Kent Orang Kelainan Upaya (buta)

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

LIMA (5) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat lima (5) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER SUTERA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-35499 dan kes ke-35500) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu-individu bergejala pada 2 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 13 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 5 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana:

  • 15 kes dikesan positif COVID-19 (15 kes baharu);
  • Enam (6) individu dikesan negatif; dan
  • 11 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER RIA-30

Kluster baharu ini melibatkan daerah Tuaran di negeri Sabah. Kes-kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan komuniti sejak 2 November 2020. Kesemua kes dalam kluster ini dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Intan di Sepanggar, Sabah

Sehingga 5 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 254 individu telah disaring, di mana:

  • 11 kes dikesan positif COVID-19 ( 2 kes baharu);
  • 121 individu dikesan negatif; dan
  • 122 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER TAMAR

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 32410) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 1 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak sembilan (9) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 5 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 137 individu telah disaring, di mana:

  • 10 kes dikesan positif COVID-19 ( 1 kes baharu);
  • 57 individu dikesan negatif; dan
  • 70 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER INTAN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Timur Laut di negeri Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 30788) yang merupakan seorang bukan warganegara, telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal pada 29 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak lapan (8) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.

Sehingga 5 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 98 individu telah disaring, di mana:

  • Sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
  • 35 individu dikesan negatif; dan
  • 54 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER DANAU

Kluster baharu ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-29286) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 27 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak tujuh (7) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 5 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 82 individu telah disaring, di mana:

  • Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu);
  • 40 individu dikesan negatif; dan
  • 34 individu masih menunggu keputusan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

5 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 5 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH 564 18,083
SELANGOR 180 (3) 5,590
W.P. KUALA LUMPUR 17 (3) 3,118
KEDAH 7 2,172
NEGERI SEMBILAN 90 1,836
PULAU PINANG 36 1,132
SARAWAK 6 942
JOHOR 2 921
W.P. LABUAN 95 (3) 796
PERAK 6 534
PAHANG 0 395
MELAKA 5 318
TERENGGANU 0 213
KELANTAN 0 184
W.P. PUTRAJAYA 1 162
 PERLIS 0 38
JUMLAH KESELURUHAN 1,009 (9) 36,434

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(5 November 2020)

Bil. Kluster Negeri Daerah Kes Baharu Jumlah Kes Jumlah Yang Disaring Kes Aktif (Kes ICU) Jumlah Sembuh Jumlah Kematian
1 Penjara Sandakan Sabah Sandakan 73 112 444 112 (0) 0 0
2 Cergas Negeri Sembilan Seremban 50 76 406 76 (0) 0 0
3 Kaya Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Selangor Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya,Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling,Hulu Langat 31 507 1,525 371 (0) 136 0
4 Usaha Selangor, WP Kuala Lumpur Klang, Petaling, Kuala Langat, Titiwangsa, Lembah Pantai 23 84 96 81 (0) 3 0
5 Hentian Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan Hulu Langat, Petaling, Sepang, Klang, Gombak, Cheras,Titiwangsa, Putrajaya,Seremban 22 347 2,190 257 (0) 90 0
6 Penjara
 Seberang Perai
Pulau Pinang Seberang Perai Selatan 14 317 5,332 71 (1) 246 0
7 Titian WP Labuan Labuan 13 42 530 42 (0) 0 0
8 Penjara Kepayan Sabah Kota Kinabalu, Papar, Penampang, Sipitang 12 1,796 3,931 874 (0) 922 0
9 Penjara Reman Pulau Pinang Timur Laut 12 509 2,965 41 (0) 467 1
10 Saguking WP Labuan Labuan 10 308 3,539 179 (0) 128 1
11 Lengkuk Selangor, Negeri Sembilan Sepang, Seremban, Port Dickson, Rembau 9 33 147 33 (0) 0 0
12 Permatang Kedah, Pulau Pinang Kulim, Langkawi, Kota Setar, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Selatan, Timur Laut 9 23 866 23 (0) 0 0
13 Tenaga WP Labuan Labuan 8 66 151 66 (0) 0 0
14 Titir Sabah Keningau 7 134 2,004 85 (0) 49 0
15 Basung Sabah Kudat 7 80 689 57 (0) 23 0
16 Melati WP Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Perak Titiwangsa, Kepong, Cheras, Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuantan, Bagan Datuk, Hilir Perak 5 76 398 31 (1) 45 0
17 Bah Medan Selangor Sepang 4 36 87 25 (0) 11 0
18 Taman Laut Selangor Petaling 4 27 123 25 (1) 2 0
19 Tujuh Serangkai Sabah Tuaran, Kota Kinabalu 3 399 4,433 130 (0) 267 2
20 Bayan Pulau Pinang, Kedah, Perak Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Bandar Baharu, Kubang Pasu, Kuala Muda, Kulim, Kota Setar, Kerian, Larut Matang & Selama 3 95 1,970 66 (3) 29 0
21 Astaka Selangor, Pahang Petaling, Hulu Langat, Kuala Selangor, Klang, Maran 3 56 156 52 (0) 4 0
22 Wisma Saberkas Sarawak Kuching 3 19 679 19 (0) 0 0
23 Keladi Selangor Klang, Kuala Langat 2 47 345 12 (0) 35 0
24 Jernih Negeri Sembilan Seremban 2 19 118 9 (0) 10 0
25 Tembok Kedah, Perak Kota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Larut Matang & Selama 1 1,754 9,106 274 (6) 1,476 4
26 Utama Selangor, Melaka, WP Kuala Lumpur Gombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Sepang, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras 1 251 1,209 40 (0) 211 0
27 Bah Tropicana Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya Petaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Cheras 1 64 871 22 (0) 42 0
28 Greenhill Sarawak Kuching, Miri, Bintulu 1 64 762 55 (0) 9 0
29 Buntar Kedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau Pinang Kuala Muda, Kerian, Kinta, Larut Matang & Selama, Batang Padang, Hilir Perak, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan 1 57 1,051 11 (1) 46 0
30 Mentari Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur Petaling, Klang, Gombak, Hulu Langat, Seremban, Kepong 1 32 112 13 (1) 18 1
31 Bukit Melaka Melaka Tengah, Jasin, Alor Gajah 1 17 631 3 (0) 14 0
32 Aero Selangor Petaling 1 12 96 12 (0) 0 0

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 5 Nov 2020 Kes sembuh=839 Jumlah kes sembuh=25,654 kes Kes baharu positif=1,009 (kes import=9, kes tempatan=1,000) Jumlah positif=36,434 kes Kes kematian=6 Jumlah kes kematian=277 kes Kes dirawat di ICU=78 kes Bantuan Alat Pernafasan=28 kes


KL lapor 17 kes. 2 daripada kluster sedia ada, 4 dari kluster Danau (baharu). 3 daripada saringan kontak rapat dan 5 daripada lain-lain saringan. Baki 3 lagi adalah kes import. Putrajaya pula melaporkan 1 kes iaitu kes daripada lain-lain saringan. 


Selangor lapor 180 kes. 82 dari kluster sedia ada, 1 dari kluster Tamar (baharu). 53 dari saringan kontak rapat. 3 pula saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi. 1 kes SARI turut dikesan manakala 37 kes lainnya adalah dari lain-lain saringan.


Sabah lapor 564 kes. 102 kes daripada kluster sedia ada, 15 kes daripada kluster Sutera dan 2 kes daripada kluster Ria-30 (baharu) 254 daripada saringan kontak rapat dan baki 191 daripada lain-lain saringan. Kinabatangan turun ke zon jingga hari ini.



Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 5 November 2020 jam 12.00 tengahari.

Pertambahan 88 kes discaj direkodkan hari ini.

Pertambahan 180 kes baharu hari ini ( 174 tempatan, 3 import B dan 3 luar negara). Butiran kes baharu mengikut daerah dan mukim seperti berikut:

DAERAH GOMBAK (14 KES)

Batu – 7 kes lokal, 1 kes import B
Saringan Berfokus (import B) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 7 kes

Hulu kelang – 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 2 kes

Kuang – 2 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Pekerja – 1 kes

Rawang – 1 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Palma) – 1 kes

Setapak – 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

DAERAH HULU LANGAT (56 KES)

Ampang – 5 kes lokal, 2 kes import A
Saringan Kontak Rapat – 5 kes
Import A – 2 kes (1 Afrika Selatan, 1 Korea Selatan)

Kajang – 49 kes lokal
Saringan Bergejala (Kluster Kaya) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Hentian) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Kaya) – 3 kes
Saringan Kontak Rapat – 17 kes
Saringan Pekerja – 11 kes
Saringan Pekerja (Kluster Hentian) – 6 kes
Saringan PKPD (Kluster Hentian) – 10 kes

DAERAH HULU SELANGOR (1 KES)

Hulu Bernam – 1 kes lokal
Saringan SARI – 1 kes

DAERAH KLANG (37 KES)

Klang – 34 kes lokal, 2 kes import B
Saringan Berfokus – 2 kes import B
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Bergejala (Kluster Usaha) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Keladi) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) – 18 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja – 11 kes
Saringan Pekerja (Kluster Usaha) – 1 kes

Import A – 1 kes (Nigeria)

DAERAH KUALA LANGAT (10 KES)

Tanjung Dua Belas (1) – 6 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Kaya) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Keladi) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 4 kes

Tanjung Dua Belas (2) – 3 kes lokal
Saringan Bergejala (Kluster Kaya) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Kaya) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

Telok Panglima Garang – 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

DAERAH PETALING (44 KES)

Bukit Raja – 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 2 kes

Damansara – 20 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Aero) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Astaka) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Hentian) – 3 kes
Saringan Kontak (Kluster Kaya) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Taman Laut) – 4 kes
Saringan Kontak (Kluster Taman Usaha) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 5 kes
Saringan Pekerja – 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Tamar) – 1 kes

Petaling – 3 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Kaya) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

Sungai Buloh – 19 kes lokal
Saringan Bergejala – 5 kes
Saringan Kontak (Kluster Astaka) – 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Melati) – 5 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Utama) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 2 kes
Saringan Pekerja – 2 kes
Saringan Pra Penerbangan – 1 kes

DAERAH SEPANG (18 KES)

Dengkil – 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

Labu – 9 kes lokal
Saringan kluster Bah Medan – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Bah Medan) – 3 kes
Saringan Kontak (Kluster Kaya) – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Kaya) – 4 kes

Sepang – 8 kes lokal
Saringan Bergejala (Kluster Hentian) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Hentian) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Kaya) – 4 kes
Saringan Kontak Rapat – 2 kes

          

839 kes sembuh dilaporkan hari ini. Jumlah sembuh terus meningkat kepada 25,654 kes.


6 kes kematian dilaporkan termasuk 2 bukan warganegara. 1 kes kematian (kes 272) dilaporkan di Selangor manakala baki 5 kes dilaporkan di Sabah. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Loading...