Loading...
Loading...
59,628 individu pulang ke tanah air sejak 24 Julai hingga semalam
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 2 Nov 2020 1.Task Force Operasi Pematuhan •2,721 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 12,197 anggota telah membuat 54,595 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP
•7,701 pasar raya, 4,712 restoran, 1,511 penjaja, 2,202 pasar awam/tani serta 3,333 tempat ibadah dan 1,255 tempat riadah telah diperiksa.
•PDRM telah menahan 538 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. 531 individu telah dikompaun dan 7 direman.
•Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk: oTidak memakai pelitup muka (136) oPenjarakan fizikal (82) oGagal menyediakan peralatan/merekod butiran pelanggan (80) oAktiviti pusat hiburan (78) oPremis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (17) oLain-lain (145)
2. Kawalan Sempadan Negara •Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 4 PATI dan 1 tekong serta merampas 1 bot dan 8 kenderaan darat.
•Sebanyak 300 SJR Op Benteng juga dilakukan diseluruh negara melibatkan: oPDRM – 226 SJR oATM – 65 SJR oAKSEM – 9 SJR
•Orang ramai diminta untuk menghubungi hotline National Task Force di talian 011 6251 1223 untuk terus menyalurkan maklumat berkenaan PATI dan jenayah rentas sempadan.
3. Operasi Sanitasi Awam •KPKT telah melakukan 11,001 operasi sanitasi merangkumi 137 zon. •Semalam, sebanyak 22 operasi sanitasi meliputi 8 Zon Merah, 9 Zon Kuning dan 2 Zon Hijau di 11 buah negeri iaitu:
oPulau Pinang (5 operasi) oSabah (3 operasi) oTerengganu (3 operasi) oSarawak (2 operasi) oMelaka (2 operasi) oKedah (2 operasi) oJohor (1 operasi), oPahang (1 operasi) oW.P Kuala Lumpur (1 operasi) oPutrajaya (1 operasi) oLabuan (1 operasi)
• Operasi Sanitasi ini melibatkan 133 anggota dan 29 jentera JBPM serta 188 anggota PBT.
4.Kuarantin Wajib •Seramai 59,629 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.
•10,111 individu sedang jalani kuarantin wajib di 63 Hotel dan 19 premis termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan
•381 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 49,137 individu dibenarkan pulang ke rumah.
5. PKPD di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) •Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Johor Bahru bermula 3 November sehingga 16 November 2020.
•PKPD ini melibatkan seramai 1,559 terdiri daripada pelatih ILKKM, staf serta ahli keluarga dan pekerja sokongan.
Loading...
