Loading...
Loading...
21 Tahi Judi Diberkas Dalam Serbuan OPS Limau
MKL Crimedesk
5/2/2021
21 tahi judi diberkas dalam serbuan OPS Limau di sebuah premis dekat pusat komersial Jalan Metro Perdana Timur 10 Kepong malam tadi.
Premis yang disewa sejak 3 minggu lalu oleh seorang lelaki itu dipercayai dijadikan lokasi penganjuran perjudian sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Risikan dan Operasi Kuala Lumpur Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, sebuan jam 4.40 petang tadi adalah hasil aduan awam.
Ketika digempur, mesemua suspek termasuk seorang wanita berusia 29 hingga 67 tahun itu leka dengan pertaruhan.
Sejumlah wang tunai 54 ribu ringgit dan pelbagai peralatan perjudian dirampas.
Siasatan turut mendapati tiga jenis perjudian yang ditawarkan antaranya bola golek, mahjung dan daun terus dengan nilai pertaruhan 1 ringgit.
Seorang lelaki berusia 56 yang juga penganjur kumpulan judi itu dengan bayaran gaji 1000 ditahan.
Seorang lelaki menjadikan sebuah premis di tingkat satu di Jalan Metro Perdana Timur 10, Kepong, di sini, sebagai lokasi menganjurkan perjudian sempena perayaan Tahun Baru Cina, sejak tiga minggu lalu.
KESEMUA TANGKALAN dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk siasatan mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Suspek turut dikenakan tindakan kompaun kerana berkumpul tanpa penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup MUKA.
Source: MKL Crimedesk YouTube
Loading...