Loading...

382 pelatih, 46 kakitangan Pulapol Disahkan Positif - COVID-19

Loading...
Loading...
COVID-19: 382 pelatih, 46 kakitangan Pulapol disahkan positif

Astro Awani
3 / 2 / 2021

KUALA LUMPUR: Sejumlah 382 pelatih di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Sultan Yahya Petra (Jalan Semarak) dilaporkan positif jangkitan COVID-19 sehingga semalam.

Memetik laporan Berita Harian, ujian saringan dan pemeriksaan telah dilakukan sejak minggu lalu dan seramai 264 lagi pelatih disahkan positif pada Selasa.

Selain 382 pelatih, Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata 46 kakitangan yang bertugas di Pulapol juga dikesan positif.

Ramli berkata, setakat ini, pihaknya tidak membenarkan sebarang pergerakan keluar dan masuk ke pusat latihan tersebut serta menghentikan semua aktiviti dan latihan.

Katanya lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menempatkan mereka yang positif di MAEPS Serdang bagi menerima rawatan dan menjalani proses kuarantin.

Ketika dihubungi Berita Harian, beliau berkata pelatih yang dikesan sejak awal sudah ditempatkan di MAEPS manakala sebahagian lagi akan dihantar ke pusat kuarantin berkenaan dalam masa terdekat.

Pada masa yang sama, katanya, pihaknya juga menjalankan proses sanitasi di beberapa lokasi di dalam Pulapol.

Pada 27 Januari lalu, KKM mengesan kluster tempat kerja di Jalan Sultan Yahya Petra.

Bagaimanapun, KKM tidak memberitahu perincian mengenai lokasi kluster tersebut.

Kluster pertama melibatkan seorang individu berusia 58 tahun dikesan pada 26 Januari lalu.

Ia susulan individu berkenaan disahkan positif COVID-19 selepasn menjalani ujian dan saringan.
Setakat Selasa (2 Februari 2021), Malaysia mencatatkan 222,628 kes positif dan 791 angka korban.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO: 


103 Individu PULAPOL Kuala Lumpur Positif COVID-19
Loading...