Loading...
Loading...
61 pekerja kilang di Senawang disahkan positif COVID-19
Sinar Harian
5/2/2021
SEREMBAN: Seramai 61 orang pekerja sebuah kilang di kawasan Perindustrian Tuanku Jafaar Senawang, disahkan positif COVID-19 selepas saringan dilakukan terhadap mereka pada 3 Februari lalu susulan seorang pekerja didapati bergejala dan kontak rapat.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu seramai 41 orang adalah pekerja tempatan manakala 20 orang adalah pekerja warga asing.
"Sehingga semalam (4 Februari) seramai 61 orang dikesan positif dari 416 individu yang telah dibuat persampelan. Kluster ini bermula dengan saringan ke atas seorang pekerja kilang bergejala dan saringan kontak rapat di kalangan rakan sekerja," katanya selepas melawat kilang tersebut pada Jumaat.
Tambahnya, kilang tersebut diarahkan tutup selama lima hari sehingga 9 Februari bagi tujuan pembersihan dan sanitasi. Punca penularan jangkitan masih lagi dalam siasatan.

Source: Sinar Harian
Loading...