Loading...
Loading...
Source: Info Roadblock JPJ/POLIS
INGKAR ARAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) : 3 DITAHAN
PDRM RMP TV Channel
TULAR DI MEDIA SOSIAL VIDEO SEORANG PENGAWAL KESELAMATAN MENEGUR 3 LELAKI AGAR BERSURAI DARIPADA BERKUMPUL DI TEPI KOLAM RENANG YANG BERLAKU DI KONDOMINIUM BM CITY BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.
IKUTI KUPASAN EKSKLUSIF BERKAITAN KES INI, BERSAMA SAC RAHIMI BIN RA'AIS, KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH PULAU PINANG.
KES DISIASAT DIBAWAH SEKSYEN 269 KANUN KESEKSAAN KERANA PERBUATAN CUAI YANG MUNGKIN MERABAKKAN KEJANGKITAN APA-APA PENYAKIT YANG BERBAHAYA KEPADA NYAWA DAN BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN PENJARA SELAMA TEMPOH YANG BOLEH SAMPAI ENAM BULAN ATAU DENGAN DENDA ATAU DENGAN KEDUA-DUANYA SEKALI.
DAN PERATURAN 16 PERATURAN PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN BEJANGKIT 2021 (AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988) [ AKTA 342 ] IAITU ATAS KESALAHAN BERKUMPUL DI TEMPAT AWAM DAN GAGAL MEMATUHI ARAHAN YANG DIKELUARKAN OLEH KETUA PENGARAH KESIHATAN BAGI MAKSUD MENCEGAH DAN MENGAWAL APA-APA PENYAKIT BERJANGKIT SERTA TIDAK MEMAKAI PELITUP MUKA DENGAN SEMPURNA BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN SEBANYAK DENDA TIDAK MELEBIHI RM 1,000.00 ATAU DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI 6 BULAN ATAU KEDUA-DUANYA JIKA DISABITKAN KESALAHAN.
LAPORKAN KEJADIAN JENAYAH YANG BERLAKU DI SEKITAR ANDA ! BERSAMA KITA MENCEGAHNYA.
KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI?
Source: PDRM RMP TV Channel YouTube
Loading...