Kenyataan Akhbar KPK 2 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
2 FEBRUARI 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 2 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 3,661 kes (173,990 kes kumulatif, 78.2%);
- Kes baharu : 3,455 kes (222,628 kes kumulatif);
- Kes import : 5 kes (3 warganegara, 2 bukan warganegara)
- Kes tempatan : 3,450 kes [2,068 warganegara (59.9%); 1,382 bukan warganegara (40.1%)];
- Kes aktif : 47,847 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 327 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 145 kes; dan
- Kes kematian : 21 kes (791 kes kumulatif , 0.36%)
Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,145 kes (33.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 863 kes (75.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 708 kes (20.5 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 619 kes (17.9 peratus).
Sebanyak 77 kes (2.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Taiping (21 kes), Kluster Tembok Renggam (17 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (15 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (10 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (9 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), dan Kluster Tembok Mempaga (2 kes).
Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan 12 kes di Selangor, empat (4) kes di Sabah, masing-masing dua (2) kes di Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu (1) kes di Kedah. Sebanyak 20 kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 2 Februari 2021;
- Jumlah kluster : 838 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 434 kluster (termasuk empat (4) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bukit Angkat, Kluster Tapak Bina Bukit Semenyih, Kluster Tapak Bina Kiara, dan Kluster Brumas);
- Jumlah kluster aktif : 404 kluster;
- Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 70 kluster; dan
- Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Jalan Cheras (332 kes), Kluster Jalan Ragum (210 kes), dan Kluster Jalan Seroja (204 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan enam (6) kluster berkaitan tempat kerja dan satu (1) kluster komuniti.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No | Nama Kluster | Negeri | Kategori Kluster |
1 | Jalan Ragum | Selangor | Tempat Kerja |
2 | Bukit Rahman | Selangor | Tempat Kerja |
3 | Parit Jamil Darat | Johor | Tempat Kerja |
4 | Tapak Bina Jalan Cheras | WP Kuala Lumpur | Tempat Kerja |
5 | Taman Muhibbah | Pahang | Tempat Kerja |
6 | Industri Serkam | Melaka | Tempat Kerja |
7 | Semarak Bersia | Perak | Komuniti |
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
2 Februari 2021 @ 6.00 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 2 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SELANGOR | 1,145 (1) | 70,441 |
SABAH | 276 | 49,420 |
WP KUALA LUMPUR | 619 (3) | 26,922 |
JOHOR | 708 (1) | 23,334 |
NEGERI SEMBILAN | 79 | 11,820 |
PULAU PINANG | 85 | 8,052 |
PERAK | 84 | 6,384 |
KEDAH | 59 | 5,892 |
SARAWAK | 121 | 4,676 |
MELAKA | 62 | 3,722 |
KELANTAN | 31 | 3,339 |
PAHANG | 63 | 3,101 |
TERENGGANU | 115 | 2,295 |
WP LABUAN | 1 | 2,155 |
WP PUTRAJAYA | 6 | 898 |
PERLIS | 1 | 177 |
JUMLAH KESELURUHAN | 3,455 (5) | 222,628 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 3,455 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 2 Februari 2021 adalah seperti berikut:
- Selangor: 1,145 kes
- 298 kes daripada kluster-kluster; termasuk 252 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Ragum dan Kluster Bukit Rahman;
- 565 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- 281 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Johor: 708 kes
- 304 kes daripada kluster-kluster, termasuk 24 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Parit Jamil Darat;
- 264 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- 139 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 619 kes
- 406 kes daripada kluster-kluster, termasuk 332 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Cheras;
- 108 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
- 102 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sabah: 276 kes
- 50 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 172 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 54 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sarawak: 121 kes
- 36 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 44 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 41 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Terengganu: 115 kes
- 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 81 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 85 kes
- 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 58 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 84 kes
- 34 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Semarak Bersia;
- 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: 79 kes
- Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 49 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pahang: 63 kes
- 26 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Muhibbah;
- 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Melaka: 62 kes
- 44 kes daripada kluster-kluster; termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Industri Serkam;
- 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah: 59 kes
- 23 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kelantan: 31 kes
- 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: Enam (6) kes
- Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
- Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
- Perlis: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
LAMPIRAN 3
Ringkasan 21 kes kematian pada 2 Februari 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian | No. Kes | Negeri | Jantina | Umur (tahun) | Hospital / Tempat Kematian | Latar Belakang |
771 | 128504 | Sabah | Perempuan (WN) | 67 | Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
772 | 136362 | Sabah | Lelaki (WN) | 78 | Hospital Duchess of Kent, Sandakan | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
773 | 147218 | Kedah | Lelaki (WN) | 64 | Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
774 | 169902 | Selangor | Lelaki (WN) | 55 | Hospital Serdang | Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dislipidemia, jantung, dan obesiti |
775 | 170203 | Sabah | Perempuan (WN) | 83 | Hospital Duchess of Kent, Sandakan | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
776 | 170772 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 65 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
777 | 173835 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 79 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, dan dislipidemia |
778 | 181502 | Sabah | Lelaki (WN) | 61 | Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
779 | 187116 | Selangor | Lelaki (WN) | 48 | Hospital Kajang | Penyakit Strok |
780 | 201326 | Selangor | Lelaki (WN) | 73 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
781 | 207105 | Selangor | Perempuan (WN) | 36 | Hospital Selayang | Penyakit darah tinggi, kencing manis, buah pinggang kronik, dan jantung |
782 | 211993 | Selangor | Lelaki (WN) | 81 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit darah tinggi |
783 | 212107 | Selangor | Perempuan (WN) | 49 | Hospital Selayang | Penyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, dan strok |
784 | 215229 | Selangor | Lelaki (WN) | 57 | Hospital Serdang | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
785 | 216308 | Selangor | Perempuan (WN) | 82 | Hospital Ampang | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
786 | 218241 | Johor | Lelaki (WN) | 81 | Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok |
787 | 218249 | Johor | Perempuan (WN) | 64 | Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang | Penyakit kencing manis, darah tinggi dan kanser hati |
788 | 220316 | Selangor | Perempuan (WN) | 61 | Hospital Serdang | Penyakit kencing manis |
789 | 220317 | Selangor | Lelaki (WN) | 50 | Hospital Kajang | Penyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik |
790 | 220318 | Selangor | Lelaki (WN) | 53 | Hospital Serdang | – |
791 | 216310 | Selangor | Perempuan (BWN) | 68 | Hospital Ampang | Penyakit darah tinggi |
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
1. KLUSTER JALAN RAGUM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang dan Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 16 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Ragum, Shah Alam, Petaling. Sehingga 2 Februari 2021, sejumlah 542 individu telah disaring, di mana 219 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER BUKIT RAHMAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Selangor, Petaling, dan Gombak di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Taman Perindustrian, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Gombak. Sehingga 2 Februari 2021, sejumlah 2,800 individu telah disaring, di mana 48 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER PARIT JAMIL DARAT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja yang terletak di Jalan Parit Jamil Darat, Parit Jawa, Muar. Sehingga 2 Februari 2021, sejumlah 189 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER TAPAK BINA JALAN CHERAS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Jalan Cheras. Sehingga 2 Februari 2021, sejumlah 823 individu telah disaring, di mana 332 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER SEMARAK BERSIA
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Hulu Perak di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-171690) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Taman Semarak dan Bersia, Gerik, Hulu Perak. Sehingga 2 Februari 2021, sejumlah 58 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
6. KLUSTER TAMAN MUHIBBAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Temerloh dan Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-194020) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam di Kuantan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat tinggal kes indeks iaitu di Taman Muhibbah, Temerloh. Sehingga 2 Februari 2021, sejumlah 47 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
7. KLUSTER INDUSTRI SERKAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Jasin dan Melaka Tengah di Melaka. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Serkam, Merlimau. Sehingga 2 Februari 2021, sejumlah 1,700 individu telah disaring, di mana 69 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.