Loading...
Loading...
Lebih 30,000 keluarga di KL berada di bawah garis kemiskinan
BERNAMA
01/02/2021
PETALING JAYA, 1 Feb -- Dianggarkan lebih 30,000 keluarga daripada 1.8 juta penduduk di ibu negara memiliki pendapatan di bawah RM2,200 dan berada di bawah garis kemiskinan serta memerlukan bantuan yang sewajarnya.
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata jumlah itu dikenal pasti di 178 lokaliti di sekitar Kuala Lumpur, terutama membabitkan penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR).
"Di bandar (Kuala Lumpur) golongan ini tidak dapat memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal, kami anggap mereka perlu dibantu dengan pelbagai jenis kemudahan dan bantuan selain harus ada perancangan khusus agar mereka tidak ketinggalan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengumumkan senarai 335 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021, di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Rosida Jaafar dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mahadi Che Ngah.
Bagaimanapun, bilangan tepat ketua isi rumah yang tergolong di bawah garis kemiskinan tidak dapat dikenal pasti kerana perkara itu diuruskan oleh pelbagai agensi, antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
"Kami percaya ada berlaku pertindihan namun anggaran kami berdasarkan jumlah ketua isi rumah membabitkan 63,000 unit PPR di sekitar ibu negara dengan separuh daripadanya tergolong di bawah garis kemiskinan," katanya.
Sementara itu, Annuar berkata pihaknya akan mengagihkan lebih 5,000 kampit beras seminggu berbanding sasaran asal hanya 3,000 kampit beras dalam tempoh sama kepada golongan memerlukan menerusi program MyBeras@Wilayah berikutan sambutan hangat yang diterima daripada mereka yang memberi sumbangan.
"Untuk itu, kami menjangkakan 20,000 ke 30,000 kampit beras dalam tempoh sebulan dapat kami sampaikan secara sistematik kepada kumpulan sasar.
"Sumbangan juga masih lagi terbuka sehingga sekarang malah saya sendiri akan menghubungi rakan-rakan swasta untuk bersama menjayakan program ini. Orang ramai juga boleh menyumbang sekurang-kurangnya RM10 menerusi portal MyInfaq," katanya.
Beliau berkata agihan beras akan dilakukan secara sistematik kepada golongan sasar di setiap zon supaya tiada insiden pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Program MyBeras@Wilayah adalah sub program kepada MyFood@Wilayah untuk golongan miskin bandar atau mereka yang hilang mata pencarian ketika PKP dan ia dilancarkan secara virtual oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas sempena Hari Wilayah Persekutuan 2021, malam tadi.