Loading...
Loading...
PKP: 680 individu ditahan, 63 dikompaun langgar SOP
Astro Awani
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 680 individu atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 630 individu dikompaun, 49 individu direman manakala seorang dijamin.
"Kesalahan ingkar SOP hampir sama iaitu 40 kes membabitkan kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran, tidak memakai pelitup muka (139), penjarakan sosial (136), kedai premis gagal rekod butiran dan sebagainya.
"Oleh itu, kita akan pertimbang untuk tingkatkan hukuman terhadap kesalahan pematuhan SOP ini agar ia dapat dikurangkan," katanya dalam sidang media di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Operasi Benteng (Op Benteng) turut menahan 16 pendatang asing tanpa izin (PATI), dua orang tekong serta merampas enam buah kenderaan darat.
"Dalam operasi itu, 103 buah bot turut dikesan diperairan negara dan sebanyak 537 Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Benteng dilakukan di seluruh negara," katanya.
Source: Astro Awani
FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pkp-680-individu-ditahan-63-dikompaun-langgar-sop-280943
FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pkp-680-individu-ditahan-63-dikompaun-langgar-sop-280943
Loading...