Loading...
Loading...
Two immigration officers claim trial to bribery, money laundering charges
BERNAMA
06/02/2021
KUALA LUMPUR, 5 Feb -- Sembilan lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat sindiket penipuan pelaburan mata wang kripto melibatkan kerugian kira-kira RM2.8 juta dalam serbuan di Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur pada Rabu lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob berkata kesemua suspek berumur 34 hingga 62 tahun yang ditahan antara 6.20 pagi hingga 8 pagi itu, dipercayai terlibat dalam pelaburan dikenali sebagai Emas Fintech.
Beliau berkata sindiket berkenaan dipercayai beroperasi sejak April tahun lepas dengan menawarkan pulangan antara 10 hingga 15 peratus setiap bulan dan menjanjikan sistem dagangan mata wang yang kononnya selamat serta sistem yang canggih bagi menarik minat orang ramai.
"Modal pelaburan menggunakan mata wang kripto seperti Bitcoin dan USDT dan pelabur didedahkan dengan pelaburan melalui seminar secara bersemuka atau aplikasi Zoom.
"Bagaimanapun, pelabur tidak dapat menggunakan laman web Emas Fintech untuk melihat transaksi dagangan sejak Disember 2020 menyebabkan mereka berasa ditipu dan sehingga kini, 43 laporan polis sudah diterima," katanya pada sidang media khas di sini hari ini.
Zainuddin berkata pihaknya masih mengesan seorang lagi lelaki tempatan dikenali sebagai Jason Kellady, 32, beralamat di Parlane OUG Jalan 1/152, Kuala Lumpur yang disyaki dalang utama sindiket berkenaan.
"Kesemua suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan serta tindakan di bawah undang-undang pencegahan POCA (Akta Pencegahan Jenayah 1959) dan AMLA (Akta Pengubahan Wang Haram 2001) juga akan dibuat," katanya.
Menurutnya, tiga syarikat berlesen pelaburan mata wang kripto di Malaysia ialah Luno (M) Sdn Bhd, Tokenize Technology (M) Sdn Bhd serta Sinegy Technologies (M) Sdn Bhd dan beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terperdaya dengan testimoni dan janji tawaran keuntungan.
Dalam kes berasingan, Zainuddin berkata polis menahan tujuh individu warga tempatan termasuk tiga wanita kerana disyaki terbabit penipuan pelaburan dikenali sebagai Iskandar Investment menerusi lima tangkapan di sini, pada Isnin lepas.
Beliau berkata sindiket yang dipercayai beroperasi selama setahun sejak Januari tahun lepas itu menawarkan pelbagai pakej kepada pelabur secara dalam talian menggunakan Facebook, dengan pakej termurah menawarkan pulangan RM7,350 menerusi modal RM350 manakala pakej termahal dengan pulangan RM49,450 menerusi modal RM2,350.
"Sindiket ini telah menyebabkan kerugian berjumlah kira-kira RM830,000. Kesemua suspek berumur lingkungan 20 hingga 27 tahun ini direman tujuh hari bermula Selasa hingga Isnin ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.