Loading...

Warga Myanmar Cabul Wanita Berjaya Ditahan - Video

Loading...
Loading...

      


 

Warga Myanmar Cabul Wanita Berjaya Ditahan

5/2/2021

Putrajaya: Seorang lelaki warganegara Myanmar ditahan semalam selepas disyaki mencabul seorang wanita yang sedang beriadah di Taman Tasik Komuniti, Cyberjaya.

Ketua Polis Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata pihaknya menerima laporan berkenaan kira-kira 6.40 petang semalam.

"Ketika kejadian mangsa yang berusia 35 tahun itu sedang berjalan kaki bersama rakannya di Taman Tasik Komuniti, sebelum suspek datang dan mengganggu mangsa.

"Suspek kemudiannya memegang punggung mangsa. Mangsa memarahi suspek dan orang awam yang ada di tempat kejadian datang membantu mangsa untuk memegang lelaki berkenaan.

"Mangsa turut menghubungi talian kecemasan 999 sebelum menyerahkan lelaki berkenaan kepada pihak polis," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Wan Kamarul berkata lelaki itu akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Loading...