Loading...
Loading...
Daily Estimated RT |
R-Naught |
Astro Awani
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan R-naught COVID-19 di Malaysia menunjukkan peningkatan 0.01 selama dua hari berturut-turut.
Angka itu catat 1.16 pada Sabtu berbanding 1.15 hari sebelumnya.
Kesemua negeri dan wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi 1.0.
Labuan mencatatkan nilai R-naught tertinggi dengan 1.82.
Ini diikuti Perlis, Negeri Sembilan, Sabah, Melaka, Kelantan, Kedah, Pahang, Putrajaya, Terengganu, Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang.
Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
FOR MORE NEWS GO TO:
Loading...