Loading...

Kenyataan Penuh Daripada DG Kesihatan

Loading...
Loading...
Kes Positif Mengikut Negeri

  

Kenyataan Akhbar KPK 3 Jun 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

3 JUN 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 3 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 7,049 kes (508,947 kes kumulatif, 85.5%);
  • Kes baharu : 8,209 kes (595,374 kes kumulatif);
  • Kes import : 64 kes (56 warganegara, 8 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 8,145 kes [7,046 warganegara (86.5%); 1,099 bukan warganegara (13.5%)];
  • Kes aktif : 83,331 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :880 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 446 kes;
  • Kes kematian : 103 kes (3,096 kes kumulatif, 0.52%; 94 warganegara, 9 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,261 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 24 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,578 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 683 kluster.

Sebanyak 103 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 26 kes di Selangor, 15 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 14 kes di Johor, masing-masing lapan (8) kes di Sarawak dan Kelantan, tujuh (7) kes di Sabah, masing-masing enam (6) kes di Negeri Sembilan dan Terengganu, masing-masing empat (4) kes di Pulau Pinang dan Kedah, masing-masing dua (2) kes di Melaka dan Pahang, serta satu (1) kes di Perak.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

PENINGKATAN KES KRITIKAL DAN KEMATIAN COVID-19 DALAM KALANGAN KANAK-KANAK BAWAH 5 TAHUN DI MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa KKM telah menerima beberapa persoalan umum mengenai statistik kes kematian dan kes kritikal di kalangan kanak-kanak. Sebanyak tiga (3) kes kematian COVID-19 yang melibatkan kanak-kanak bawah 5 tahun telah dilaporkan sepanjang tahun 2020. Walau bagaimanapun, bilangan yang sama telah direkodkan dalam tempoh yang lebih singkat iaitu tiga (3) kematian dalam lima (5) bulan pertama bagi tahun 2021.

Selain itu, kes kanak-kanak yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga menunjukkan peningkatan yang ketara. Pada tahun 2020, jumlah keseluruhan kes pediatrik yang menerima rawatan di ICU adalah sebanyak lapan (8) kes di mana enam (6) daripadanya berumur bawah 5 tahun. Manakala bagi tahun 2021 (sehingga Mei 2021), sebanyak 27 kes memerlukan rawatan di ICU dan 19 kes daripadanya adalah kanak-kanak berumur bawah 5 tahun.

Dengan segala maklumat yang diberikan, KKM berharap agar semua pihak terutamanya ibu bapa dan penjaga dapat memainkan peranan penting bagi melindungi mereka yang mempunyai imuniti yang rendah seperti  bayi dan kanak-kanak agar terhindar dari virus COVID-19. Binalah persekitaran yang selamat bagi mereka dengan mematuhi sepenuhnya SOP sedia ada dan segeralah dapatkan vaksin bagi golongan dewasa yang layak.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

3 Jun 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 3 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 3,125 (2) 194,847
SABAH 203 (1) 63,019
WP KUALA LUMPUR 801 (6) 60,973
JOHOR 752 (55) 60,120
SARAWAK 594 49,214
PULAU PINANG 303 29,736
KELANTAN   414 29,274
NEGERI SEMBILAN 576 27,864
PERAK 384 21,629
KEDAH 373 19,801
MELAKA 322 12,866
PAHANG 135 10,139
TERENGGANU 127 9,320
WP LABUAN 62 4,105
WP PUTRAJAYA 33 1,944
PERLIS 5 523
JUMLAH KESELURUHAN 8,209 (64) 595,374

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 103 kes kematian pada 3 Jun 2021 adalah seperti berikut:

No. Kematian Negeri Jantina   Umur (Tahun) Hospital / Tempat Kematian Latar Belakang Penyakit
2994 Selangor Perempuan (WN) 78 Hospital Serdang Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
2995 Selangor Perempuan (WN) 61 Hospital Kajang Kencing manis, darah tinggi, dan strok
2996 Sabah Lelaki (WN) 57 Hospital Duchess of Kent, Sandakan Darah tinggi dan jantung
2997 Sabah Perempuan (WN) 80 Hospital Duchess of Kent, Sandakan Darah tinggi dan jantung
2998 Selangor Lelaki (WN) 63 Hospital Putrajaya
2999 Sabah Lelaki (WN) 63 Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3000 Melaka Lelaki (WN) 80 Hospital Melaka
3001 Selangor Lelaki (WN) 68 Hospital Kajang Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
3002 Sarawak Lelaki (WN) 69 Hospital Kapit Kencing manis dan darah tinggi
3003 Selangor Lelaki (WN) 61 Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Penyakit jantung dan abdominal aortic aneurysm
3004 Johor Perempuan (WN) 58 Hospital Enche Besah Hajjah Khalsom, Kluang Kencing manis, darah tinggi, dan obesiti
3005 Kelantan Lelaki (WN) 66 Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3006 Kelantan Lelaki (WN) 62 Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu Kencing manis dan darah tinggi
3007 Kedah Lelaki (WN) 71 Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
3008 Selangor Lelaki (WN) 49 Hospital Putrajaya
3009 Sarawak Lelaki (WN) 71 Hospital Miri Kencing manis dan darah tinggi
3010 Pahang Lelaki (WN) 84 Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh Darah tinggi
3011 Sarawak Lelaki (WN) 60 Hospital Sibu Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3012 Johor Perempuan (WN) 35 Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru Systemic lupus erythematosus, buah pinggang kronik, jantung, dan myeoloprofilerative neoplasm
3013 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 92 Hospital Jempol
3014 Kedah Lelaki (WN) 27 Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Obesiti dan kencing manis
3015 Johor Lelaki (WN) 69 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Darah tinggi
3016 Pulau Pinang Lelaki (WN) 82 Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Kencing manis, darah tinggi, jantung, strok, buah pinggang kronik, dan kanser
3017 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 85 Hospital Jelebu Darah tinggi
3018 Selangor Lelaki (WN) 84 Hospital Ampang Kencing manis dan darah tinggi
3019 Selangor Perempuan (WN) 66 Hospital Serdang Darah tinggi
3020 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 72 Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
3021 Pulau Pinang Perempuan (WN) 87 Hospital Pulau Pinang
3022 Pulau Pinang Lelaki (WN) 70 Hospital Pantai Pulau Pinang Kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, strok, dan buah pinggang kronik
3023 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 64 Hospital Ampang Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
3024 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 69 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Kencing manis dan darah tinggi
3025 Johor Perempuan (WN) 72 Hospital Kota Tinggi Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3026 Johor Perempuan (WN) 63 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
3027 Johor Lelaki (WN) 63 Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
3028 Kedah Lelaki (WN) 70 Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Penyakit hati dan buah pinggang kronik
3029 Terengganu Lelaki (WN) 75 Hospital Setiu Kencing manis
3030 Johor Lelaki (WN) 52 Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat
3031 Pulau Pinang Lelaki (WN) 85 Hospital Pulau Pinang Darah tinggi
3032 Perak Perempuan (WN) 46 Hospital Taiping Kencing manis dan darah tinggi
3033 Terengganu Lelaki (WN) 75 Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu Kencing manis
3034 Selangor Perempuan (WN) 36 Hospital Sungai Buloh Down syndrome dan jantung
3035 Selangor Perempuan (WN) 76 Hospital Ampang Darah tinggi dan varicose vein
3036 Kelantan Perempuan (WN) 29 Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan dislipidemia
3037 Kelantan Perempuan (WN) 52 Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu Kencing manis
3038 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 65 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3039 Selangor Lelaki (WN) 68 Hospital Serdang Kencing manis dan darah tinggi
3040 Johor Lelaki (WN) 70 Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat Kencing manis, darah tinggi, dan kanser paru-paru
3041 Selangor Lelaki (WN) 59 Hospital Kuala Lumpur Kencing manis, darah tinggi, dan  buah pinggang kronik
3042 Kedah Lelaki (WN) 79 Hospital Jitra
3043 Pahang Lelaki (WN) 67 Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Darah tinggi dan penyakit buah pinggang kronik
3044 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 64 Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Darah tinggi
3045 Johor Lelaki (WN) 51 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Kencing manis, jantung, dan dislipidemia
3046 Sarawak Perempuan (WN) 68 Hospital Miri Dislipidemia
3047 Sarawak Lelaki (WN) 45 Hospital Sarikei Kencing manis
3048 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 63 Hospital Tampin Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, dan kanser hati
3049 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 61 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
3050 Melaka Perempuan (WN) 63 Hospital Melaka Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
3051 Selangor Lelaki (WN) 57 Hospital Serdang Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, asma, dan obesiti
3052 Kelantan Perempuan (WN) 70 Hospital Jeli Kencing manis dan darah tinggi
3053 Sabah Perempuan (WN) 70 Hospital Lahad Datu
3054 Sarawak Perempuan (WN) 63 Hospital Sibu Darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan paru-paru kronik
3055 Kelantan Lelaki (WN) 72 Hospital Universiti Sains Malaysia Jantung dan gout
3056 Selangor Lelaki (WN) 74 Hospital Selayang Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dislipidemia, dan paru-paru kronik
3057 Sarawak Perempuan (WN) 66 Hospital Kapit Leukemia, darah tinggi, dan jantung
3058 Terengganu Perempuan (WN) 51 Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3059 Selangor Lelaki (WN) 70 Hospital Kajang Kencing manis dan darah tinggi
3060 Selangor Perempuan (WN) 63 Hospital Ampang Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3061 Selangor Lelaki (WN) 41 Institut Kanser Negara, Putrajaya Kanser paru-paru
3062 Selangor Perempuan (WN) 72 Hospital Sungai Buloh Darah tinggi, jantung, dan kanser paru-paru
3063 Selangor Lelaki (WN) 27 Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur Kencing manis, darah tinggi, dan obesiti
3064 Sarawak Perempuan (WN) 66 Hospital Sarikei Kencing manis, darah tinggi, paru-paru kronik, dan buah pinggang kronik
3065 Kelantan Perempuan (WN) 97 Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh Kencing manis dan darah tinggi
3066 Kelantan Perempuan (WN) 56 Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3067 Terengganu Perempuan (WN) 68 Hospital Besut Kencing manis, darah tinggi, dan strok
3068 Terengganu Perempuan (WN) 77 Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu Kencing manis dan darah tinggi
3069 Terengganu Lelaki (WN) 54 Jenazah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu Kencing manis dan darah tinggi
3070 Selangor Perempuan (WN) 45 Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Obesiti
3071 Selangor Perempuan (WN) 82 Hospital Serdang Kencing manis, dan darah tinggi
3072 Selangor Perempuan (WN) 79 Jenazah dibawa ke Hospital Serdang Kanser usus
3073 Selangor Perempuan (WN) 77 Hospital Selayang Penyakit buah pinggang, kencing manis, darah tinggi, dislipidaemia, jantung, dan hyperparathyroid
3074 Selangor Perempuan (WN) 70 Hospital Serdang buah pinggang kronik, kencing manis, dan kanser
3075 Selangor Perempuan (WN) 56 Hospital Selayang Kencing manis dan darah tinggi
3076 Selangor Lelaki (WN) 54 Hospital Selayang Penyakit buah pinggang kronik, kencing manis, darah tinggi, dan jantung
3077 Sabah Lelaki (WN) 63 Hospital Tawau
3078 Sabah Perempuan (WN) 68 Hospital Lahad Datu Kencing manis, darah tinggi, dan asma
3079 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 85 Hospital Ampang Kencing manis, darah tinggi, dan strok
3080 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 83 Hospital Ampang Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan strok
3081 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 72 Hospital Kuala Lumpur Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan dislipidemia
3082 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 69 Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Kencing manis
3083 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 70 Hospital Sungai Buloh Darah tinggi, buah pinggang kronik, dan gout
3084 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 65 Hospital Selayang Kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang kronik, dan tibi
3085 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 71 Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang kronik, dan ulcerative colitis
3086 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 54 Hospital Kuala Lumpur
3087 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 53 Hospital Kuala Lumpur Kencing manis
3088 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 52 Hospital Kuala Lumpur Darah tinggi
3089 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 51 Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras
3090 Johor Lelaki (WN) 79 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Kencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang kronik
3091 Johor Lelaki (WN) 68 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Kencing manis
3092 Johor Perempuan (WN) 55 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
3093 Johor Perempuan (WN) 51 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Kencing manis dan darah tinggi
3094 Johor Lelaki (BWN) 31 Jenazah dibawa ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
3095 Sabah Perempuan (BWN) 56 Hospital Tawau Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
3096 WP Kuala Lumpur Perempuan (BWN) 70 Hospital Kuala Lumpur Kencing manis dan dislipidemia

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 8,209 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 3 Jun 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 3,125 201 2,298 2 624
WP KUALA LUMPUR 801 65 447 6 283
JOHOR 752 297 287 55 113
SARAWAK 594 103 366 125
NEGERI SEMBILAN 576 110 212 254
KELANTAN 414 93 235 86
PERAK 384 163 113 108
KEDAH 373 27 237 109
MELAKA 322 112 163 47
PULAU PINANG 303 95 83 125
SABAH 203 21 122 1 59
PAHANG 135 73 47 15
TERENGGANU 127 18 62 47
WP LABUAN 62 18 19 25
WP PUTRAJAYA 33 4 25 4
PERLIS 5 2 3
JUMLAH KESELURUHAN 8,209 1,400 4,718 64 2,027

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 3 JUN 2021

No. Nama Kluster Kategori Kluster Negeri Daerah Jumlah Kes Jumlah Disaring
1 Tapak Bina Bandar Sunsuria Tempat Kerja Selangor Sepang 39 166
2 Tapak Bina Jalan Wawasan Tempat Kerja Selangor Sepang 19 36
3 Tapak Bina Persiaran Bukit Raja Tempat Kerja Selangor Klang 97 291
4 Jalan Manan 2 Tempat Kerja Selangor Petaling dan Kuala Selangor 53 75
5 Taman Sentosa Tempat Kerja Selangor Hulu Langat 28 53
6 Jalan Brooke Tempat Kerja Sarawak Miri 16 116
7 Jalan Flora Utama Tempat Kerja Johor Batu Pahat 43 265
8 Jalan Murni Lapan Tempat Kerja Johor Kulai dan Johor Bahru 23 272
9 Jalan Angkasa Mas Satu Tempat Kerja Johor Johor Bharu 21 68
10 Jalan Paya Tempat Kerja Johor Muar 17 149
11 Kampung Aur Tempat Kerja Kelantan Bachok 20 60
12 Jalan Sri Aman Tempat Kerja Kelantan Pasir Puteh dan Kota Bharu 15 19
13 Jalan 4A Padang Tembak Tempat Kerja Kelantan Kota Bharu 13 33
14 Industri Perai Empat Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Tengah 22 114
15 Jalan Pasar Bukit Mertajam Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Tengah 10 113
16 Jalan Coastal Sembulan Tempat Kerja Sabah Kota Kinabalu dan Papar 7 33
17 Jalan Tembaga Kuning Tempat Kerja Perak Larut, Matang, dan Selama 74 228
18 Industri Gebeng Tempat Kerja Pahang Kuantan 25 70
19 Putra Empat Tempat Kerja WP Putrajaya Putrajaya 7 9
20 Sungai Selangan Komuniti Sarawak Sarikei 101 286
21 Jalan Cendana Komuniti Johor Kulai 5 43
22 Kampung Mat Daling Komuniti Pahang Jerantut 10 47
23 Batu Hitam Komuniti Pahang Kuantan 39 80
24 Jalan Damai Budi Pendidikan Lain WP Kuala Lumpur Cheras 6 32
Loading...