Loading...
Loading...
Total Lockdown: Kilang papan beroperasi tanpa kebenaran MITI, pemilik dikompaun
Astro Awani
SUNGAI SIPUT: Seorang pemilik kilang papan di sini dikompaun RM10,000 kerana beroperasi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, tanpa kebenaran dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Kilang sama juga didapati ingkar perintah tutup oleh mahkamah kerana gagal mematuhi kehendak-kehendak Notis Menghapuskan Bahaya Kebakaran dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Kilang papan beroperasi tanpa kebenaran dikompaun RM10,000
Astro Awani
SUNGAI SIPUT: Seorang pemilik kilang papan di sini dikompaun RM10,000 kerana beroperasi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, tanpa kebenaran dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Kilang sama juga didapati ingkar perintah tutup oleh mahkamah kerana gagal mematuhi kehendak-kehendak Notis Menghapuskan Bahaya Kebakaran dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supt Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, penemuan itu diperoleh hasil serbuan pihaknya dengan dibantu anggota bomba, di kilang di Salak Baru itu, malam tadi.
"Semasa serbuan dijalankan, pihak polis mendapati terdapat lebih kurang 20 orang sedang bekerja di kilang ini, menjalankan kerja-kerja memotong dan menyusun kayu dan juga papan.
"Polis telah berjaya membuat tangkapan ke atas lapan warga asing yang sedang leka menjalankan kerja, manakala yang lain berjaya melarikan diri ke dalam semak di bahagian belakang kilang ini," katanya.
Mohd Khaizam yang ditemui selepas operasi tersebut berkata, lapan warga asing itu adalah dari Myanmar, Bangladesh dan Indonesia.
Mereka berusia antara 20-an dan 50-an dan telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Berdasarkan maklumat, kilang tersebut hanya beroperasi mulai jam 6 petang hingga 10 malam kerana sedang dipantau pihak polis dan bomba selepas perintah mahkamah dikeluarkan pada 20 Mei lalu.
Pihak polis akan terus membuat pemeriksaan dan serbuan di kilang-kilang seluruh kawasan Sungai Siput, dari semasa ke semasa sehingga tamat tempoh PKP.

FOR MORE NEWS GO TO:
Loading...