Loading...

Pengusaha premis urut dikompaun RM10,000

Loading...
Loading...
Kedegilan pengusaha pusat refleksologi di Taman Melaka Raya

COVID-19: Pengusaha premis urut dikompaun RM10,000

Astro Awani

MELAKA: Kedegilan pengusaha pusat refleksologi di Taman Melaka Raya, di sini, yang meneruskan operasi perniagaan ketika pelaksanaan Sekatan Penuh Pergerakan (SPP) membawa padah apabila dikompaun RM10,000.

Dalam serbuan yang dilakukan kira-kira jam 3 petang semalam, lima individu termasuk tiga wanita warga asing yang juga tukang urut berusia di antara 23 dan 53 tahun ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata dua daripada tukang urut itu ialah warga Thailand serta seorang warga Laos, manakala pemilik dan penjaga premis pula lelaki tempatan.

“Semasa menjalankan Op Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) SPP, premis ini didapati beroperasi seperti biasa dengan membuka pintu hadapan khas untuk pelanggan tetap yang mana mereka perlu membuat tempahan melalui telefon.

“Pemilik premis yang berada di tingkat satu lot rumah kedai ini memberikan alasan terpaksa berbuat demikian demi kelangsungan hidup termasuk membayar sewa kedai dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Ujar Sukri, polis merampas buku catatan rekod pekerja dan juga pasport wanita-wanita yang ditahan.

“Semakan dilakukan turut mendapati dua daripada tukang urut itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah kerana pasportnya sudah tamat tempoh.

"Kesemua wanita warga asing itu disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana salah guna pas dan Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa," tambahnya.

Mohd Sukri berkata, selain pemilik pusat urut yang dikompaun RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) SPP, penjaga premis berusia 53 tahun turut dikompaun RM2,000 mengikut Perkara 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

"Pemilik premis itu juga akan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen kerana menggaji pekerja asing tanpa permit dan kesemua mereka dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk tindakan lanjut," katanya.

FOR MORE NEWS GO TO:
Loading...