Loading...

Dua kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang ditahan 'jual' pingat kebesaran

Loading...
Loading...

 Dua kakitangan SUK Pahang ditahan 'jual' pingat kebesaran

Astro Awani

Disember 27, 2022 

Dua kakitangan SUK Pahang ditahan 'jual' pingat kebesaran
Ramli berkata, suspek yang berusia 36 tahun dan 30 tahun itu bekerja sebagai pembantu operasi dan pembantu tadbir di pejabat yang sama. - Bernama

Dua kakitangan SUK Pahang ditahan 'jual' pingat kebesaran

Ramli berkata, suspek yang berusia 36 tahun dan 30 tahun itu bekerja sebagai pembantu operasi dan pembantu tadbir di pejabat yang sama. - Bernama

KUANTAN: Dua kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang ditahan dipercayai menyalahgunakan nombor pengenalan pekerjaan bagi memasukkan senarai nama individu yang ditawarkan gelaran ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ secara tidak sah.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek yang berusia 36 tahun dan 30 tahun itu bekerja sebagai pembantu operasi dan pembantu tadbir di pejabat yang sama.

Menurut Ramli, kedua-dua suspek didakwa mengakses laman Sistem Pengurusan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang bagi tujuan mendaftar nama-nama individu yang tidak sah sebagai penerima pingat.



"Siasatan lanjut mendapati bahawa kedua-dua subjek ini telah menyalahgunakan nombor pengenalan atau ID Number mereka yang dibekalkan untuk memasukkan akses ke dalam laman Sistem Pengurusan Darjah Kebesaran Pingat Negeri Pahang dan membuat pengubahsuaian tanpa kuasa kandungan laman sistem itu. Ini bermakna, (ubah suai dilakukan) tanpa apa-apa kuasa daripada pihak atasan," jelas Ramli.

Perkara tersebut terbongkar selepas seorang kakitangan dari pejabat yang sama menerima panggilan telefon pada 12 Oktober lalu daripada pihak Bahagian Istiadat, Pejabat Perdana Menteri bagi mengesahkan butiran seorang individu yang ingin memasukkan namanya ke dalam sistem rekod pingat dan darjah kebesaran.

Hasil semakan mendapati berlaku pertindihan rekod apabila nama individu tersebut tiada dalam senarai induk di Pejabat Bahagian Istiadat dan Pengurusan Majlis Rasmi SUK Pahang.

Tambah beliau, hasil semakan mendapati terdapat 29 nama individu dan butiran peribadi individu telah dimasukkan ke dalam sistem tersebut bagi tujuan menerima Darjah Kebesaran Negeri Pahang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.

Menurutnya lagi, bayaran sekitar RM80,000 hingga RM150,000 ditetapkan bagi individu yang ingin mendapatkan gelaran terbabit.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 (akta 568) manakala kedua-dua suspek dituduh di bawah Seksyen 5(1) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(4) akta yang sama.

Kedua-dua mereka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan esok.

Loading...