Loading...

Melaka batal sambutan Ambang Tahun Baharu 2023

Loading...
Loading...

 Melaka batal sambutan Ambang Tahun Baharu 2023

Bernama

Disember 23, 2022 Melaka batal sambutan Ambang Tahun Baharu 2023

Menurut Muhammad Jailani, bagi mengantikan sambutan tersebut, pihaknya mungkin akan mengadakan doa selamat atau acara berbentuk keagamaan bagi mendoakan keselamatan rakyat Malaysia. - Fail FB Muhammad Jailani Khamis

Melaka batal sambutan Ambang Tahun Baharu 2023

Menurut Muhammad Jailani, bagi mengantikan sambutan tersebut, pihaknya mungkin akan mengadakan doa selamat atau acara berbentuk keagamaan bagi mendoakan keselamatan rakyat Malaysia. - Fail FB Muhammad Jailani Khamis

MELAKA: Kerajaan negeri memutuskan untuk membatalkan sambutan malam Ambang Tahun Baharu 2023 yang sepatutnya diadakan pada 31 Dis ini di Taman Seribu Bunga.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata ia diputuskan selepas mengambil kira musibah banjir yang melanda beberapa negeri pada waktu ini.

"Dalam keadaan sebegini, rasanya tidak wajar untuk kita adakan sambutan tahun baharu dan ia kebetulan senada dengan keputusan kerajaan Persekutuan yang juga membatalkan penganjuran tersebut," katanya pada sidang media penganjuran Pesta Bunga Melaka 2022 di Taman Seribu Bunga, di sini hari ini.



Menurutnya bagi mengantikan sambutan tersebut, pihaknya mungkin akan mengadakan doa selamat atau acara berbentuk keagamaan bagi mendoakan keselamatan rakyat Malaysia khususnya di pantai timur yang sedang berduka.

Dalam pada masa sama, beliau berkata Melaka merancang untuk menghantar bantuan dari segi tenaga kerja dan kesukarelawan bagi meringankan beban mangsa banjir di negeri terlibat.

--BERNAMA

Loading...