Loading...

Pemandu lori lawan arus melanggar dua kereta di bawah pengaruh alkohol

Loading...
Loading...

 Pemandu lori lawan arus di bawah pengaruh alkohol

astro aawani

Januari 3, 2023 Pemandu lori lawan arus di bawah pengaruh alkohol

Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kejadian berlaku lebih kurang jam 4.30 petang tadi. - Gambar/ Media sosial

Pemandu lori lawan arus di bawah pengaruh alkohol

Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kejadian berlaku lebih kurang jam 4.30 petang tadi. - Gambar/ Media sosial

ISKANDAR PUTERI: Pemandu lori berusia 41 tahun yang memandu secara lawan arus di Kilometer 5.5 Lebuhraya Linkedua sehingga menyebabkan kemalangan dengan dua buah kereta, petang Selasa, didapati berada di bawah pengaruh alkohol.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kejadian berlaku lebih kurang jam 4.30 petang tadi.

Katanya siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu lori terbabit dalam perjalanan dari Kulai menghala ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).



"Apabila tiba kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gelang Patah menghala ke selatan, pemandu lori terlepas susur ke PTP.

"Pemandu lori itu kemudian memandu melawan arus untuk masuk semula ke susur PTP sebelum merempuh dua kereta iaitu Mercedes Benz dan Nissan Almera yang berada di laluan terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.

Menurut Rahmat, pemandu Mercedes Benz mengalami kecederaan pada bahagian leher dan kaki dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi mendapatkan rawatan.

"Pemandu lori ditahan dan didapati di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,"katanya.

Loading...