Loading...

Bendahari Agung Bersatu, Datuk Mohamed Salleh Bajuri ditahan reman SPRM

Loading...
Loading...

Bendahari Agung Bersatu ditahan SPRM

Astro Awani

Mac 2, 2023




Bendahari Agung Bersatu ditahan SPRM

Menurut sumber, Mohamed Salleh ditahan bagi membantu siasatan berhubung siasatan ke atas akaun parti itu yang kini dibekukan. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Bendahari Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohamed Salleh Bajuri ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin.

Menurut sumber, Mohamed Salleh ditahan bagi membantu siasatan berhubung siasatan ke atas akaun parti itu yang kini dibekukan.

Tambah sumber itu lagi, pemimpin parti itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan.



“Beliau ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan kes.

"Bagaimanapun kita menjangkakan tempoh reman terhadapnya yang tamat hari ini akan disambung, tetapi bergantung kepada hasil siasatan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Khamis.

Sementara itu, Astro AWANI masih cuba mendapatkan pengesahan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki. 

Loading...