Loading...

Hakim baharu dengar bicara kes Najib ubah wang SRC RM27 juta

Loading...
Loading...

 Hakim baharu dengar bicara kes Najib ubah wang SRC RM27 juta

Bernama

Mac 3, 2023 Hakim baharu dengar bicara kes Najib ubah wang SRC RM27 juta

Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak bagi tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang baharu. - Gambar BERNAMA

Hakim baharu dengar bicara kes Najib ubah wang SRC RM27 juta

Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak bagi tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang baharu. - Gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang baharu.

Hakim K.Muniandy menggantikan Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang kini Hakim Mahkamah Rayuan.

Semasa sebutan kes hari ini, beliau menetapkan pengurusan kes tersebut pada 29 Mei ini.



Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul berkata, kedua-dua pihak sebelum ini memohon kepada mahkamah agar perbicaraan kes itu ditangguhkan kerana keputusan permohonan Najib untuk menyemak semula keputusan kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International di Mahkamah Persekutuan belum diputuskan.

"Tarikh keputusan semakan masih belum diputuskan, dan ia (tarikh) akan diberitahu oleh pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam masa terdekat. Pihak kami dan pembelaan mohon agar tarikh pengurusan kes ini (pengubahan wang haram) ditetapkan pada Mei," kata Mohd Ashrof Adrin.

Peguam Alaistair Brandah Norman yang mewakili Najib mengesahkan perkara itu dan bersetuju agar pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada Mei ini.

Pada 3 Feb 2019, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Loading...