Loading...

Inspektor Sheila didakwa tiga tuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan

Loading...
Loading...

 




@utusantvofficial Replying to @_bukanparanormal . Mana ada takut, selamba kita tanya dia masih bujang ke tidak 🤣🤣🤣. #inspektorshiela #trendingnewsmalaysia #fyp #beritaditiktok ♬ original sound - UtusanTV




@utusantvofficial Replying to @nirwanbinmuis . Part last dia ucap terima kasih dan lemparkan senyuman manis menawan 😅. #trendingnewsmalaysia #fyp #beritaditiktok #inspektorshiela ♬ original sound - UtusanTV


Inspektor

Inspektor Sheila didakwa tiga tuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan
Astro Awani
Jun 26, 2023



'Inspektor Sheila' ditemani peguamnya M Manoharan di Mahkamah Majistret Selayang, pagi ini. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
'Inspektor Sheila' ditemani peguamnya M Manoharan di Mahkamah Majistret Selayang, pagi ini. -

SELAYANG: Seorang pegawai wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tular di media sosial baru-baru ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang, di sini, hari ini atas tiga tuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam.

Sheila Sharon Steven Kumar atau lebih dikenali sebagai Inspektor Sheila dalam kalangan netizen, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di atas ketiga-tiga tuduhan berkenaan.

“Saya tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan … saya faham pertuduhan,” katanya selepas tuduhan dibicarakan jurubahasa Mahkamah di hadapan Majistret Chai Guan Hock.


Sheila didakwa mengugut seorang wanita berusia 69 tahun dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa menghina kesopanan seorang lelaki berusia 41 tahun dengan berkata; “You tengok badan you, gemuk , botak dan badak sumbu” mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Di hadapan Majistret Nor Hafizah Rajuni pula, Sheila mengaku tidak bersalah menyebut pangkat lans koperal dengan cara tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak dengan maksud mengaibkan kehormatannya, juga mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal menawarkan jaminan RM8,000 kepada tertuduh manakala Anis Farhah Ahmad Hilmi pula menawarkan jaminan sebanyak RM3,000.

Guan Hock kemudian membenarkan Sheila dijamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin manakala Nor Hafizah mengenakan jaminan sebanyak RM2,000.

Sementara itu peguam bela M Manoharan dalam rayuan pembelaan bagi diringankan wang ikat jamin,memohon supaya anak guamnya diberikan wang ikat jamin yang rendah atau dilepaskan dengan bon tanpa jaminan.

Menurut Manoharan, anak guamnya yang juga graduan dalam bidang Bahasa dan Linguistik daripada Universiti Malaya, sudah berkhidmat dalam PDRM sejak tahun 2016.

Peguam itu berkata, bapa tertuduh juga pernah berkhidmat selama 39 tahun PDRM dengan pangkat terakhir sebagai Asisten Superintendan sementara adik tertuduh juga berkhidmat dalam pasukan beruniform itu.

Loading...