Loading...

Piala Remaja Asia 2023: Young Tigress tewas di tangan India

Loading...
Loading...

 Piala Remaja

Asia 2023: Young Tigress tewas di tangan India

Bernama

Jun 5, 2023




Pasukan negara yang ketinggalan, cuba bangkit melakukan serangan balas, namun gagal menembusi benteng pertahanan India. - Gambar/ MHC

Piala Remaja Asia 2023: Young Tigress tewas di tangan India

Pasukan negara yang ketinggalan, cuba bangkit melakukan serangan balas, namun gagal menembusi benteng pertahanan India. - Gambar/ MHC

KUALA LUMPUR: Skuad hoki remaja wanita kebangsaan nyata bukan tandingan pasukan India apabila tewas 1-2 pada aksi kedua Kumpulan A kempen Piala Remaja Wanita Asia 2023 di Kakamigahara, Jepun, hari ini.

Biarpun skuad Young Tigress terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke enam menerusi gol padang oleh tonggak 'striker' Dian Nursyakira Najwa Al-Wadqa Nazeri, namun kegembiraan skuad kendalian Lailin Abu Hassan tidak bertahan lama apabila pemain India Mumtaz Khan menyamakan kedudukan dengan menghasilkan jaringan sudut penalti empat minit kemudian.

Jaringan berkenaan menjadi tonik tambahan buat India yang terus menggandakan kedudukan hasil penyudah Deepika menerusi pukulan penalti pada minit ke-26.



Pasukan negara yang ketinggalan, cuba bangkit melakukan serangan balas, namun gagal menembusi benteng pertahanan India sehingga wisel penamat ditiupkan sekali gus memberi pasukan lawan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas Kumpulan A selepas dua kemenangan.

Malaysia pula setakat ini berada di kedudukan ketiga kumpulan selepas semalam membenam Taiwan 7-0 pada perlawanan pertama dan dijadual bertemu Uzbekistan pada 11 pagi waktu Malaysia, esok.

Loading...