Loading...
Loading...
Saraf mata Ahmad Zahid tak berfungsi - Nurulhidayah
Hasimi Muhamad
Julai 4, 2023
Menurut Nurulhidayah, Ahmad Zahid ketika ini sedang dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan mata - Gambar Instagram Nurulhidayah dan Bernama
KUALA LUMPUR: Anak sulung Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah hari ini tampil mendedahkan punca mata bapanya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kelihatan lebam dan bengkak sehingga mencuri tumpuan warga maya sejak beberapa hari lalu.
Menurut Nurulhidayah, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO ketika ini sedang dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan mata.
Menerusi ruangan komen di laman Instagram, dia menambah bapanya terpaksa melakukan pembedahan kerana saraf pada bahagian mata tidak berfungsi. "Iya... saraf mata dia tak berfungsi. Itu mata dia jadi (kelihatan) jatuh.
"Buat muka untuk apa, bukan 'superstar' pun. Kalau sampai mudarat sebab saraf mata kena la buat sesuatu.
"Tetapi biasa lah orang lagi seronok fitnah daripada tahu perkara sebenar," kata Nurulhidayah membalas pertanyaan salah seorang pengikut laman sosialnya, pada Selasa.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu kemudian membuat 'kemunculan' dengan berkaca mata hitam ketika merasmikan Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBINAA) Asia Pasifik ke-23 di ibu negara pada 26 Jun lalu.
Beberapa hari selepas itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu tidak lagi mengenakan kaca mata, dan menampakkan keadaan matanya yang lebam.
Loading...