Anwar pengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH, bincang persiapan PRN
Bernama
Julai 25, 2023 00:18 MYT'
Anwar pengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH, bincang persiapan PRN
Mesyuarat yang berlangsung lebih dua jam bermula 9 malam itu dihadiri oleh semua pimpinan utama PH termasuk Saifuddin. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden gabungan itu di kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana di sini malam Isnin.
Mesyuarat yang berlangsung lebih dua jam bermula 9 malam itu dihadiri oleh semua pimpinan utama PH termasuk Ketua Setiausaha Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang juga Setiausaha Agung PKR.
Saifuddin Nasution ketika dihubungi pemberita berkata mesyuarat itu antara lain membincangkan persiapan akhir PH bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
"Mesyuarat berkenaan persiapan terakhir menjelang penamaaan calon... yang pengerusikan Perdana Menteri. Semua pimpinan utama PH ada," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan dilaksanakan serentak dengan hari penamaan calon Sabtu ini.
Pilihan Raya Kecil bagi Parlimen Kuala Terengganu turut diadakan serentak pada hari berkenaan.
-- BERNAMA