Loading...

MB Selangor Amirudin pegang 5 portfolio

Loading...
Loading...





Amirudin pegang 5 portfolio, 7 muka baharu Exco Selangor

ASTRO AWANI

Ogos 23, 2023 13:32 MYT

Amirudin pegang 5 portfolio, 7 muka baharu Exco Selangor




Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (duduk, tengah) berkenan bergambar dengan Exco Selangor pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Dan Ikrar Aku Janji Serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor dan Exco. - Gambar fail
SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memegang lima portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi penggal ke-15 pentadbiran negeri Selangor.

Selain kekal dengan jawatan Menteri Besar, Amirudin juga menjadi Exco Kewangan dan Tindakan Ekonomi, Pembangunan Tanah dan Sumber Alam, serta Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu juga bertanggungjawab dalam Pemodenan Pentadbiran dan Digitalisasi Kerajaan dan juga Komunikasi Strategik.


Sementara itu, ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim yang sebelum ini merupakan Speaker DUN Selangor, juga kali pertama menyertai barisan Exco kerajaan negeri dan memegang portfolio Kerajaan Tempatan dan Pelancongan.

Dalam pada itu, ADUN Seri Setia, Mohammad Fahmi Ngah yang pertama kali menjadi Exco memegang portfolio Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inivasi.

Bagi Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, portfolio tersebut kini digalas ADUN Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi.

ADUN Kinrara, Ng Sze Han pula kali ini ditugaskan untuk memegang portfolio Pelaburan dan Perdagangan.

Exco Perumahan dan Kebudayaan kini disandang oleh ADUN Tanjong Sepat, Borhan Aman Shah manakala bagi Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat dipegang oleh ADUN Taman Templer, Anfaal Saari.

Secara keseluruhan, seramai tujuh muka baharu dikemukakan dalam kesemua 11 Exco kerajaan negeri yang telah diumumkan.

Loading...