Loading...

Pesawat terhempas di Elmina: Ini kali kedua Khairil Azwan terlibat nahas udara - Rakan baik

Loading...
Loading...


Pesawat terhempas di Elmina: Ini kali kedua Khairil Azwan terlibat nahas udara - Rakan baik

Bernama

Ogos 18, 2023 06:40 MYT

Anggota JBPM berusaha memadam kebakaran di lokasi kejadian pesawat terhempas di Elmina Shah Alam, Shah Alam, 17 Ogos 2023. --fotoBERNAMA

Pesawat terhempas di Elmina: Ini kali kedua Khairil Azwan terlibat nahas udara - Rakan baik

Anggota JBPM berusaha memadam kebakaran di lokasi kejadian pesawat terhempas di Elmina Shah Alam, Shah Alam, 17 Ogos 2023. --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kali pertama terlibat dalam nahas udara, Khairil Azwan Jamaluddin yang ketika itu pembantu juruterbang, merupakan orang yang membantu mengeluarkan dan menyelamatkan juruterbang dari sebuah helikopter terhempas.

Namun kali ini nasib tidak menyebelahi Khairil Azwan apabila namanya tersenarai sebagai antara penumpang yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Elmina dekat sini semalam.

Kejadian pertama yang dialami Khairil Azwan kira-kira 13 tahun lalu itu diceritakan oleh rakan baiknya Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Udara, Bahagian Udara Ibu Pejabat Bomba Putrajaya Penguasa Kanan Bomba 1 Roslan Aziz iaitu juruterbang helikopter dalam nahas udara pertama pada 16 Sept 2010.







Roslan berkata ketika itu, Khairil Azwan menjadi pembantunya dalam operasi tinjauan udara pada musim perayaan Aidilfitri di Lebuhraya Pantai Timur dari Gombak, Selangor ke Kuantan, Pahang.

"Ketika kemalangan itu, dialah yang menyelamatkan saya dengan mengeluarkan saya dari bangkai helikopter dan memberikan rawatan awal kepada saya yang cedera parah sebelum bantuan tiba.

"Kemalangan berlaku pada kira-kira 10.30 pagi akibat cuaca buruk dan pesawat cuba untuk berpatah balik tetapi gagal kerana jarak penglihatan yang sangat terhad dan kami terpaksa terbang rendah bila kami terlanggar dan terhempas di kawasan bukit," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Khairil Azwan adalah individu yang dirujuknya untuk mendapatkan maklumat jika berlaku sebarang nahas seperti itu.

"Kali ini apabila dengar ada kejadian kapal terbang terhempas di Elmina, saya cuba telefon dia untuk dapatkan maklumat tetapi sebaliknya dapat tahu nama dia tersenarai dalam manifest penumpang yang maut dalam nahas itu," katanya.

Roslan turut menyifatkan sahabatnya itu, yang berasal dari Mempaga, Pahang seorang yang periang, sentiasa mengambil berat tentang rakan-rakan dan selalu bersemangat untuk terbang serta sentiasa berpesan kepada rakan-rakan untuk terbang dengan selamat.

Khairil Azwan, yang menyertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada 2005, menjadi pembantu Roslan selama tiga tahun sebelum menamatkan perkhidmatannya enam tahun kemudian untuk menyertai syarikat penerbangan swasta.

Nama Khairil Azwan berada dalam senarai penumpang yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) namun identiti mangsa perlu disahkan melalui proses forensik.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan tiada penumpang yang selamat dalam nahas pesawat itu, yang dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang di sini semalam.

-- BERNAMA
Loading...