Loading...

Maal Hijrah: YDP Agong gesa kerajaan tingkat penguatkuasaan terhadap kandungan ajaran sesat

Loading...
Loading...


Maal Hijrah: Agong gesa kerajaan tingkat penguatkuasaan terhadap kandungan ajaran sesat

Astro Awani

07/07/2024 




Sultan Ibrahim bertitah, semua kaum mempunyai budaya dan agama sendiri dan mesti hidup dengan saling hormat menghormati antara satu sama lain. - Foto BERNAMA

Maal Hijrah: Agong gesa kerajaan tingkat penguatkuasaan terhadap kandungan ajaran sesat

Sultan Ibrahim bertitah, semua kaum mempunyai budaya dan agama sendiri dan mesti hidup dengan saling hormat menghormati antara satu sama lain. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menggesa kerajaan supaya meningkatkan tindakan penguatkuasaan terhadap kandungan ajaran sesat dan menyediakan satu pusat rujukan agama untuk menyebarkan ilmu serta maklumat yang tepat.

Sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat kebangsaan Tahun 1446H/2024M, Seri Paduka Baginda juga mengingatkan kepada semua untuk tidak bersikap keterlaluan atau ekstrem terutama dalam isu berkaitan kaum dan agama, sehingga boleh mencetus api perbelahan.

Sultan Ibrahim bertitah, semua kaum mempunyai budaya dan agama sendiri dan mesti hidup dengan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

"Sesungguhnya semua umat Islam itu adalah bersaudara.

"Perbezaan bangsa, budaya dan asal usul tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk kita berselisih faham, caci mencaci dan tuduh menuduh antara satu sama lain.

"Dalam aspek pembentukan sebuah negara, hijrah turut membawa sinar penyatuan ummah dan perpaduan masyarakat," titah baginda pada Ahad.

Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah turut berkenan berangkat ke majlis itu, selain dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sultan Ibrahim menambah pada hari ini, kita berdepan dengan cabaran kebanjiran maklumat tanpa sempadan melalui media sosial yang sukar dikawal.

Titah baginda, terdapat juga kebimbangan yang semakin meningkat mengenai penyebaran maklumat berkaitan agama islam yang mengelirukan, tidak tepat, salah tafsir, dan ajaran yang menyimpang daripada prinsip Islam yang sebenar.

Justeru, Seri Paduka Baginda bertitah penyebaran maklumat agama yang tidak tepat melalui media sosial boleh membawa kepada kekeliruan, perpecahan, serta amalan agama yang menyimpang.

"Jika orang dahulu belajar agama dengan membaca kitab, dan mendengar kuliyah di masjid. Namun orang sekarang belajar agama secara ‘online’ daripada ‘ustazah facebook’ dan ‘ustaz tik tok’.

"Justeru itu, suka saya ingatkan kepada semua agar berhati-hati dalam menuntut ilmu agama di media sosial dan pastikan kandungan yang diperoleh adalah sahih dan berwibawa," tambah baginda.

Sehubungan itu, baginda menyeru agar rakyat menguatkan semangat hidup bersaudara untuk membentuk

generasi masa hadapan negara yang bersatu padu.

Titah baginda, agama Islam yang diamalkan di negara kita adalah berlandaskan ajaran Ahli Sunnah Waljamaah.

"Namun begitu, saya perhatikan telah ada banyak fahaman dan ajaran islam yang berbeza-beza.

"Sudah menjadi macam rojak. ini semua akan memecah-belahkan umat islam. Janganlah kita dibodoh-bodahkan dengan ajaran oleh pihak yang ada kepentingan sendiri.

"Jika keadaan ini berterusan, macam mana umat Islam hendak bersatu? Awak semua fikirlah betul-betul. Saya cuma boleh ingatkan sahaja, awak semua buat pilihan," titah Sultan Ibrahim.
Loading...